Ads 468x60px

Labels

Wednesday, March 24, 2010

- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Petang semalam Chik Na ke pesta lagi ... kali ni ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pula yang sedang berlangsung sehingga Ahad ini, 28 Mac. Tiap-tiap tahun memang Chik Na tak pernah missed ke pesta buku, sebab membaca adalah antara hobi Chik Na. Lagipun masa ni la boleh beli buku dengan harga sehingga 70% diskaun. Tiap-tiap hari, kebiasaannya sebelum tidur Chik Na akan memperuntukkan sedikit masa untuk membaca... tak kiralah buku samada novel or buku ilmiah, magazine or surat khabar (kalu tak sempat baca masa siangnya ). Membacakan  part of menuntut ilmu jugak kan dan kita digalakkan menuntut ilmu sampai bila-bila :-)

Semalam Chik Na keluar rumah lepas zohor, so dlm kul 2 pm dah sampai PWTC. Alhamdulillah orang tak berapa ramai tapi jenuh jugak la nak cari parking sampai kena parking kat Hentian Bas Putra. Chik Na sengaja pilih pergi hari bekerja sebab kalau hujung minggu terlalu ramai sampai nak jalan pun tak boleh :-). Tanpa sedar rupanya 4 jam masa berlalu dengan cepat, tu pun Chik Na hanya sempat visit 3 dari 5 hall yang disediakan. 


Tahun ni tak banyak sangat buku yg Chik Na beli, sebab banyak buat survey buku or program education untuk kanak-kanak. Bila sampai rumah baru perasan kebanyakkan buku yang dibeli hanya untuk anak-anak je....untuk diri sendiri takde sebiji pun. Ingat kalau ade masa nak pergi lagi sekali petang esok or Jumaat beli buku untuk diri sendiri plak. 


Yang ni plak education toy untuk Faiz dan Sufia untuk galakkan anak-anak jadi inventor ;-). Chik Na tau Faiz memang suka benda-benda cam ni. Terpikir nak simpan sampai besday Faiz bulan May nanti baru nak bagi tapi Chik Na lak tak sabar sabar nak main benda nih ;-). Terkenang simple project yang Chik Na buat masa belajar engineering dulu-dulu.

Kepada semua blogger yg membaca blog ini dan berada disekitar Lembah Klang, Chik Na sarankan  anda semua ke pesta buku ni... rugi kalau tak pergi. Untuk mengenai lebih lanjut silalah ke laman web Pesta Buku Kuala Lumpur.

Monday, March 22, 2010

- Pesta Belon Udara Antarabangsa Putrajaya, 18 -21 Mac 2010

Dah lama Chik Na tak bersiaran yea. Biasalah bila anak-anak cuti sekolah, Chik Na agak bz melayan putera dan puteri Chik Na yang dua orang tuh. Lagipun Netbook dan PC kat rumah Chik Na tak available untuk digunakan bila Faiz & Sufia ade kat rumah.. depa je yang ngadap pc main games. 

Banyak gak aktiviti yang Chik Na buat dengan anak-anak masa cuti sekolah nih...antaranya pergi ke Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya pada berlangsung pada 18 -21 Mac. 2 kali kami pergi ke situ..he he he mentang mentang la tak berapa jauh dari rumah ... 

Kali pertama pergi hari Jumaat, 19 Mac .. sampai sana dalam kul 9.30am. Sebelum pergi tuh singgah Serdang ambik anak buah. Plan asal nak tengok belon dan picnic ramai-ramai kat Tasik Putrajaya ngan sister-sister in law tapi tak jadi..

Memandangkan Chik Na dah sampai kat tapak pesta so Chik Na continue je la layan anak dan anak buah tengok belon dan jalan jalan kat gerai yg terdapat kat sekitar fiesta tu. Ikutkan hati nak bagi depa naik belon tapi semasa Chik Na sampai kat situ tiket dah habis terjual... bengang je budak-budak...


Jalan kat situ kejap je sebab bahang matahari yg teramat panas membuatkan kami tak tahan nak berlama-lama kat situ. Masa Chik Na nak meninggalkan tapak carnival tu, orang dah makin ramai yg mengunjungi pesta tersebut.

After tengok belon baru la ke rumah anak buah yg dok kat Putrajaya untuk sessi makan tengahari beramai-ramai. Chik Na suka apartment staff government ni... besar dan cantik susun aturnya.

Keesokkan harinya Chik Na dan anak-anak  dan adik adik sekali lagi ke Pesta Belon Udara sebab Faiz & Sufia beria-ia nak naik cruise ronda Putrajaya...kebetulan ade promosi 50% diskaun untuk tiket cruise tuh.. normal tiket RM 30 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak.


Sementara menunggu turn untuk cruise kami pada pukul 5pm  tu Faiz dan Ashu main Water Ball kat tepi Tasik Putrajaya. Bila keluar dari bola tu berpeluh peluh Faiz dan Ashu...depa kata penat gak nak roll bola tuh.

Ok gak Cruise Tasek Putrajaya ni. Boatnya ade aircond dan ade pemandu pelancong yg bercerita mengenai Putrajaya dan pembangunannya... teringat masa naik cruise kat Istanbul, London dan Paris dulu-dulu. Sebenarnya ada 2 jenis cruise untuk ronda-ronda Putrajaya... boat yg berhawa dingin dan boleh memuatkan 80 org dan perahu yang lebih kecil untuk lebih kurang 10 org je. Mula tu nak naik perahu tapi memandangkan keadaan cuaca yang macam nak hujan so kami pilih naik boat besar je. 

That all cerita pasal pesta belon..nanti kalau rajin Chik Na tulis aktiviti lain lagi yang kami buat masa cuti sekolah.


Sunday, March 14, 2010

- Beautiful Blogger Award

Terima kasih banyak-banyak buat  Shida kerana select Chik Na untuk Beautiful Blogger Award :-). Ni la 1st award yang Chik Na dapat...



Syarat-syarat ambik award ni adalah :


1) Thank and link the person that gave you the award
     Dah buat masa pembuka kata kat atas tu...anyway terima kasih buat shida sekali lagi ...  :-)


2)  Pass this award onto 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic
      1. Cik Mas
      2. Ibuhani
      3. Azi
      4. Siti Murni
      5. Hamizah
      6. Nadiah
      7. Nida
      8. Izza
      9. UmmuAmmar
    10. Kakcik Seroja
    11. Emy
    12. Rosma 
    13. Mummy Chubby
    14. al-lavendari    
    15. Paklong Sifu


Sebenarnya ramai lagi chik na nak bagi award nih..tapi depa semua dah dapat sebelum nih .. eg: eynda, zarin, lady, alya, hajar dan beberapa nama lagi.. nama yang tak sebut jangan kecik hati ..tak sebut bukan bermakna blog anda tak cantik ;-)


3) Contact said blogs and let them know they've won the award
     Separuh Chik Na dah bagi tau.. yg lain nanti chik melawat dan bagitau yea..


4) State 7 things about yourself:
  • suka tenet/blogging
  •  family matters is always no. 1
  • sensitif
  • suka baca.. tak kiralah baca apa pun especially bila time nak tido..
  • suka window shopping ..
  • suka jalan-jalan
  • penyabar
So sapa-sapa yg chik na list untuk dapat award ni..sila la ambik yea :-)

Friday, March 12, 2010

- Dah berusia makin pelupa

As usual every Friday morning Chik Na ade gym session dengan Cik Audrey kat FF IOI Mall. Habis session ngan trainer, Chik Na  kelam kabut nak balik rumah memandangkan hari ni nak kena masak lauk untuk Faiz makan sebelum pergi sekolah tengahari nanti. Dalam dok kelam kabut tu teringat lak nak kena call Global Amity untuk buat appointment check battery dan brake pad kete.

So after bayar parking kat autopay station, Chik Na masuk kete terus buat call untuk appoinment service kete sebelum terlupa. Da habis call terus keluar parking nak balik. Bila dah nak masukkan tiket parking kat autogate IOI Mall tu baru Chik Na perasan tiket parking takde...lagi sekali kelam kabut reverse kete dok tepi dan cari tiket yang dah bayar tadi. Nasib baik baru dlm 10 am..so takde la kete yg beratur nak keluar.....kalau tak, teruk Chik Na di hon oleh pemandu lain.

Cari punya cari tak jugak jumpa...  jam pulak dah menunjukkan hampir 10.30am.Dalam hati berkata-kata "agaknya tinggal kat autopay station kut". Chik Na pun check kat autopay station tadi, tapi takde jugak tiket tu...nak tak nak kena la p counter kehilangan tiket parking. Sepatutnya tiket parking RM 1 je tapi dah jadi RM 21 lak... denda hilang tiket RM 20, nasib baik tak RM 50. Nak redeem tiket parking yg baru tu leceh gak..kena isi borang dan photostat IC. Tapi memang patut pun, nantikan senang senang je orang nak curi kete. Dah habis process dende mendenda tu depa call security escort Chik Na ke kereta lak. Pastu security ambil no. roadtax dan expired datenya dan isi kat another borang.

Menurut adik yg jaga counter kehilangan tiket tu, kalu tiket yg hilang tu jumpa dlm masa 48 jam kita boleh redeem balik duit denda tu..tapi dia bagi RM 18 je la sebab dia keluarkan tiket baru tadi. Harapnya bila dah cool down nanti..jumpa balik la tiket yg hilang tadi...

Sebenarnya masa mula-mula sampai IOI Mall dah terdetik dalam hati tiket ni nak kena simpan elok-elok..takut misplaced pulak nanti....tup-tup betul terjadi...memang macam tu kan... bila kita teringat something maybe terjadi..after that memang betul-betul terjadi..

Thursday, March 11, 2010

- When he said he is not coming back yet

Hari Selasa ari tu ... dalam dok menghitung hari berapa hari lagi hubby nak balik....tiba-tiba je En. Zaidi bagitau yang dia dah confirm tak jadi balik hari ni. Terus hilang mood... satu hari pun Chik Na tak buat apa.. semuanya jadi malas.....Sebenarnya En. Zaidi dah hint a week before, most probably dia tak dapat balik hari ni sebab dia tengah ade software problem yang nak kena settle before balik bercuti. Tapi masa tu dalam hati tetap berharap yang dia akan balik hari ni...

Masa dengar berita tu rasa nak menangis pun ade... al-maklumlah dah 2 bulan tak jumpa dia kan. Tapi nak buat can ne  as a wife, Chik Na kena faham kerjanya as  a telecommunication engineer. Insyaallah dia akan balik dalam masa 2 minggu lagi. Bila bagitau anak-anak, dua-dua merungut sebab plan cuti sekolah terbengkalai la jadinya.. bukannya apa depa dah seronok nak balik kampung Tok jumpa cousin-cousin kat sana. Sufia lak dah berangan nak ajak abah singgah jalan-jalan kat Ipoh sebab dia cakap dia tak pernah pergi Ipoh.

So memandangkan abah tak jadi balik masa cuti sekolah ni, terpaksalah Chik Na cari idea nak buat apa masa cuti kali nih. Nak balik KB, check tiket flight, tinggal tiket yang mahal-mahal je... lagipun Chik Lah nak datang dari KB esok petang.

Salah satu plan nak bawak Sufia naik LRT sebab dia komplen kat KL ni dia tak pernah lagi naik LRT. Asyik ambik Ashu je kat stesyen LRT. Teringat masa dok Istanbul, most of the time bila kuar p shopping complex, sure naik Metro (macam LRT jugak la). Then nak bawak anak-anak p Muzium Negara sebab semasa balik KB hari tu, Chik Na tengok anak-anak Chik Na suka rupanya pergi muzium. Pastu between 18- 21 Mac nak bawa anak-anak pergi Festival Belon Udara Panas Antarabangsa kat Putrajaya. Tahun lepas kami tak berkesempatan ke festival ni sebab masa tu kami bercuti ke Bangkok.

Hmm... any idea lagi apa nak buat during cuti sekolah kali nih?




Tuesday, March 9, 2010

- Cantiknya tulisan

Tiap kali buat bayaran duit security taman Chik Na ni..Chik Na mesti cakap kat dalam hati..cantiknya tulisan uncle Lnn Alagappan nih.

Cantikkan tulisan dia. Teringat kat arwah baba Chik Na, tulisan dia pun lebih kurang cam nih. Begitu jugak abang ipar dan uncle Chik Na. Chik Na selalu perhati, normally tulisan orang-orang berumur 60 tahun ke atas yang pernah sekolah Inggeris zaman dahulu tulisan mereka kebanyakkannya cantik cantik. Korang perasan tak?

Arwah baba pernah cakap, zaman dia sekolah dulu cikgu memang pentingkan tulisan cantik, dorang dilatih menulis dengan teknik teknik dan diajar menulis dengan stroke-stroke yg betul.

Monday, March 8, 2010

- Weekend: Jalan-jalan Alamanda lagi

Hari Sabtu lepas melihat Faiz & Sufia kebosanan Chik Na ajak Ashu pergi Alamanda. Gembira keriangan anak-anak Chik Na bila suruh siap nak p Alamanda. Sekadar jalan-jalan sahaja dan singgah makan kat food court. Dan semestinya singgah MPH beli buku ... sebab MPH ade sale dari 3-7 Mac.

Sufia dalam warna kegemaran - pink tone
sementara tunggu ashu beli yee mee feberet sufia
Faiz lak makan Petite Four kat waffle station
yee mee feberet Sufia

Friday, March 5, 2010

- Baca Buku Resipi

Mesti rakan blogger terasa pelik tengok tajuk N3 Chik Na hari ini...Baca Buku Resipi. Ade ke orang baca buku resipi.....ade ke orang baca buku resipi???? .. Ha ha ha ...Chik Na la orang tuh.

Semalam semasa tunggu anak-anak buat homework, Chik Na pun sibuk la baca sebahagian buku resipi dlm koleksi Chik Na... sebabnya Chik Na da tak tahu nak masak menu apa untuk hujung minggu ni dan ari ni dah plan nak pergi pasar pagi-pagi. 

Reason Chik Na suka pergi pasar hari Jumaat pagi :
  • orang tak ramai
  • MPSJ ambik sampah ari ni.. kalau pergi Sabtu or Ahad...jenuh la nak tunggu hari Isnin baru MPSJ ambik sampah
  • harga lauk dan sayur a bit murah berbanding hari minggu
  • senang dapat parking
Hari biasa Chik Na masak ringkas-ringkas je, hanya masak untuk anak-anak je. Kalau hari minggu menu special sikit sebab adik-adik Chik Na, Ayah Ri dan Ashu akan berada di rumah.

Tak pernah buat resipi dari Air Tangan Tengku Puan Pahang ni. Semuanya nampak macam sedap tetapi bahan yang digunakan selalunya susah nak jumpa or setengahnya memang Chik Na tak kenal or tak pernah nampak. Resipi masakan kampung kegemaran rakyat daerah-daerah dalam negeri Pahang termasuk la menu org asli. 


Chik Na suka resipi Daging Masak Hitam dari Chef Kamarul dan ikan steam dari Simply Sedap Chef Wan

Buku Masakan Thai ni selalu gak Chik Na guna...banyak resipi yg Chik Na berkenan dalam buku ni..antaranya Tom Yam, kerabu mangga, kerabu betik, Som Tam, masakan stim dan a few lagi

Buku Chef Sabri ni baru sampai 2 hari lepas..Chik Na order thru Storm Readers kedai buku Telaga Biru Online. Sapa-sapa nak beli buku ni boleh la order thru StormReaders


Wednesday, March 3, 2010

- Belajar Berenang kat Pusat Aquatic Negara


Setiap hari Ahad, jam 2.30 - 3.30 pm Faiz ada kelas berenang kat Pusat Aquatic Bukit Jalil. Kelas dijalankan oleh Power Swim Sdn Bhd. Feenya hanya RM 80 sebulan. Actually Faiz da boleh berenang cuma tapi tak berapa proper lagi so Chik Na decide hantar kelas kat sini.

Sebenarnya Ahad lepas bawa Sufia p trial kelas berenang... instructor Sufia cakap Sufia dah ok cuma takut takut sikit. After trial class Sufia dah decide dia tak mau belajar sebab dia cakap dia takut..so Chik Na tak boleh la paksa dia...

Sufia depan Pusat Aquatic
Masa pi Pusat Aquatic hari Ahad tu, Auntie Chik Na, Che Su dan anak-anak pun ikut serta. Pusat aquatic ni dibuka untuk orang awan dari pukul 2.30 - 6.30 pm. Sebenarnya kalau ikutkan hati Chik Na malas nak pergi Pusat Aquatic hari tuh sebab ade Jom Heboh tapi terpaksa jugak pergi sebab Chik Na sendiri pun ade kelas belajar berenang. He he he..dah tua-tua baru nak belajar berenang ;-).Jauh jugak la we all berjalan sebabnya depan pusat Aquatic tu ade banyak gerai gerai Jom Heboh.

Patutnya kelas habis 3.30pm tapi depa main air sampai dekat kul 5pm.Sampai kecut-kecut tangan. Tak larat nak ajak balik..depa buat tak dengar je.


Atas: Faiz tengah training berenang, Bawah: Sufia tgh training tahan nafas dlm air.

Dah habis training kepenatan dan kelaparan. Singgah salah-satu gerai Jom Heboh.

Ingat ke nak jalan-jalan kat Jom Heboh sebab dah terlanjur ade kat situ tapi memandangkan hari dah nak hujan kami cepat cepat balik. Tu lah 1st time nak pergi Jom Heboh walaupun tiap-tiap tahun ade Jom Heboh kat Bukit Jalil yang jaraknya cuma 15min perjalanan dari rumah kami. Sebenarnya Chik Na tak suka pergi tempat yg susah nak parking dan orang ramai....rimas dibuatnya.

Masa sampai kat kereta hujan lebat pula dan kami terperangkap dlm kesesakkan kereta masa nak kat area parking. Nak keluar area parking tu ambil masa more than 1/2 jam sebab banyka kete yang parking suka hati dan kete-kete yg baru datang tak nak mengalah beri laluan kepada yang nak balik...hu hu hu masa tu tension betul..Memang sah-sah la lepas ni tak pergi dah jJom Heboh.

Tuesday, March 2, 2010

- Giveaway from New Zealand

1st time Chik Na join contest rakan blogger. Saje je suka-suka support rakan maya Chik Na. Kalau ade rezeki dan bertuah, Chik Na mungkin menang contest ni ;-)

1

Sapa-sapa yg berminat boleh lah join contest dari Nida nih

Syarat-syarat contest adalah seperti berikut:


Syaratnya:
  1. Perlulah@wajib menjadi followers blog
  2. Letakkan blog Di Bumi Albany dalam blog list anda.
  3. Kalau rajin buatlah entry dalam blog anda tentang "giveaway" tersebut, KALAU TAK BUAT PUN TIDAK MENGAPA.
  4. Perlulah@wajib meletakkan banner di atas  di sidebar blog anda 
  5. Tinggalkan komen dalam entry  yang menyatakan anda berminat untuk menyertainya.
  6. Tiga cabutan bertuah akan dilakukan.
  7. Tarikh tutup akan diberitahu kelak.

- Batuk yg tak mau hilang...

Salam semua. Dah beberapa hari Chik Na tak sempat nak melawat lawat blog rakan blogger..mintak maaf yea. Hari ni Chik Na akan try jalan-jalan blog korang. Juga tak berkesempatan nak update blog Chik Na sendiri....walaupun  dalam kepala otak ni ade N3 yang nak buat. 

Sebenarnya sepanjang kehilangan Chik Na tu Chik Na tak berapa sihat, selsema dan batuk yg susah nak berhenti.Tu yang jadi takde mood nak bertenet. Dah berapa hari netbook or PC kat rumah tak di"on"kan. 

Chik Na dah batuk since awal last 2 weeks, klinik dah pergi dan dah bermacam jenis ubat Chik Na try tapi tak hilang gak batuk yang Chik Na alami. Nak kata tak minum banyak air.. rasa dah minum banyak air sampai kadang tu tergucil very time batuk. You all ade petua-petua tak? Kalau ade sila la share yea..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates