Ads 468x60px

Labels

Sunday, February 28, 2010

- Muffin Vanilla Choc Chip

Malam semalam lepas balik mengaji Quran, anak-anak bising  nak lagi muffin yang macam kat KRR. Faiz merayu suruh Chik Na buat sendiri... Bila Chik Na cakap Chik na tak berapa terror buat cupcakes, Faiz siap cakap "Bukan ke hari tu mama dah pergi belajar buat cupcakes?"..he he he kena sebijik.

Nak tak nak..dan kebetulan bahan-bahannya ade, Chik Na pun buat la jugak muffin yang dorang nak tuh...walaupun bukan macam yg kat KRR tu. Nasib baik la ada 2 worang assistant..

Ni la rupa muffin chik na semalam
Resipi :

160 gm butter
1 1/2 cawan gula castor
3 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur size B ( Chik Na guna 4 biji size AA)
1 cawan susu full cream Dutch Lady
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan chocolate chip - 2/3 cawan masukkan dln doh, 1/3 digaul dengan 1/2 sudu besar tepung gandum

Cara-caranya:

  1. Beat butter dan gula sehingga kembang (3-4 min with high speed)
  2. After dah a bit putih masukkan telur satu persatu sehingga kembang/naik
  3. masukkan esen vanilla
  4. masukkan tepung berselang seli dengan susu (guna low speed) - 5 x tepung, 3x susu dimulai dengan tepung dan diakhir dengan tepung juga
  5. Masukkan chocolate chip 2/3 cawan dan gaul
  6. masukkan dalam paper cup kemudian tabur cholate chip yg bersadur tepung
  7. bakar selama 20-25 min. Suhu ikut arahan oven anda.. kalau oven Chik Na untuk buat cupcakes suhunya 160'C

Sapa yg terliur muffin chik na ni..silalah buat siri yea..

- Jalan-jalan Alamanda

Petang semalam selepas ambik Faiz dan Sufia dari kelas Mental Arithmetic, kami terus pergi Alamanda, Putrajaya. Niat dihati nak beli swimming suit baru untuk Faiz, end-up shopping macam-macam. Tu yang malas nak kuar p shopping mall, selalunya beli "unplanned things" lagi banyak dari yg yang sepatutnya ;-)

Ingat ke nak pergi kejap je, rupanya bila tgk jam dah 6.30 pm. 3 jam habiskan masa jalan kat "wing" yang belah MPH dan Parkson je, tu belum jalan satu Alamanda.... kalau tak lagi banyak wang Chik Na habiskan semalam.

Sebelum balik, singgah KRR tuk makan dulu.. memandangkan anak-anak da lapar.

Makan 2 set Quarter Meal


Minum 2 Four Season fizzy summer dan 1 mineral water

p/s: chik na suka gambar Faiz dan Sufia share air tuh... air Faiz da habis so dia mengecek la plak air Sufia ;-)

Thursday, February 25, 2010

- Hatiku berbunga keriangan

2,3 hari ni hati Chik Na keriangan 
walaupun dalam keadaan yang kurang sihat....batuk dan selsema
 ha ha ha ...mesti rakan blogger suspen kan!!! 

Tak yah nak suspen, sebenarnya Chik Na seronok sebab En. Zaidi dah confirm flight tiket nak balik cuti kat Msia pada 11 Mac nih...maknanya 12 Mac dia dah ader kat Msia lah.  Bila dah confirm En. Zaidi balik cuti, apalagi, macam-macam list Chik Na dah buat untuk En. Zaidi bawa balik. Antaranya:
  1. minyak zaitun (murah dekat separuh dengan harga kat Msia, minyak zaitun biasanya Chik Na guna untuk menumis or masa masak masakkan mat salleh )
  2. beras basmathi ( beras basmathi kat sana panjang-panjang macam kat Dubai, suka guna beras ni masa buat nasi lemak or nasi ayam)
  3. coklat .. he he he coklat Syria ni sedap jugak..tak macam coklat Arab Saudi yang En Zaidi selalu beli masa dok kat riyadh/jeddah. Sebenarnya coklat En. Zaidi beli tuk anak-anak tapi yang makan banyak adalah mamanya
hmm.... rasa nak pesan riben and bead la plak...(riben-riben kat sana cantik-cantik dan murah, begitu jugak ngan manik.. bentuknya takde kat Msia)

Huh!!!! Tak sabarnya nak tunggu lagi 2 minggu :-).  tik tok tik tok tik tok...lambatnya masa berlalu.....

Wednesday, February 24, 2010

- Kelas Deco cupcakes

Last Saturday, Chik Na pergi belajar buat deco cupcakes dengan owner de'HearT cupcakes. Chik Na pernah order dan suka cupcakes hasil dari air tangan Ellie ni sebab buttercreamnya tak muak dan tak manis sgt..just nice je manisnya. Belajar ni bukannya apa..supaya boleh buat sendiri cupcakes untuk anak-anak bila buat besday party ;-)

Kelas diadakan di rumah Ellie di Seksyen 5 Tambahan, Bandar Baru Bangi bermula pukul 10am - 4 pm. Owner cupcakes ni muda lagi baru anak sorang, orangnya manis dan baik hati..yang penting dia sabar mengajar Chik Na yang nak buat cupcakes pun tak berapa jadi nih ;-). Bayaran kelas ni adalah RM 180 termasuk makan tengahari which boleh dikatakan agak murah Chik Na rasa sebab bila Chik Na survey kelas deco cupcakes lain kebanyakkannya lebih dari RM 250. Cupcakes yang di"deco" pula boleh dibawa balik ( Chik Na buat 16 deco hari tuh). Setiap kelas maximum pelajar adalah 5 org sahaja.

Kelas bermula dengan cara nak buat dan bake "vanilla chocolate chips cupcakes". Kat kelas ni kami sama-sama buat cupcakes tu dari mula sampai ke akhir. Banyak tip-tip yg Ellie beri bagi memastikan cupcakes yang kita buat tu menjadi dengan elok. Pokoknya fahami oven kita dan rajin mencuba. 

Sementara tunggu cupcakes masak, kami diajar step by step cara membuat bentuk bentuk bunga-bungaan yang simple dan serangga dengan menggunakan gumpaste or fondant segera. Chik Na seronok sangat masa belajar buat benda-benda nih...tak sangka pulak sebenarnya tak susah sangat.

Gumppaste or fondant yang Chik Na buat.. caterpillar dan bee. Lupa lak nak ambik snap butterfly dan bunga-bungaan.

After dah siap buat gumpate tuh. Kami diberi resipi dan tip-tips untuk membuat buttercream sendiri. Bagi memendekkan masa, cikgu dah sediakan buttercream terlebih dahulu, kami cuma diajar mewarna buttercream. Kami juga diperkenalkan dengan beberapa jenis nozzle yg akan digunakan untuk membuat deco pada cupcakes or kek. Ellie mengajar kami dengan sabar semasa belajar men"deco" cupcakes dengan buttercream nih... step by step dia tunjuk ;-)


Cupcakes coklat tu cikgu dah sediakan lebih awal tetapi resipinya diberi untuk kita praktis buat dirumah.

Lunch time..lunch provided..nasi lemak bungkus...sedap gak ;-). 

Chik Na punya cupcake yang siap di'deco"... suma binatang dan bunga-bunga tuh Chik na buat sendiri tau!!!.

Firstb time buat deco buttercream nih, mengigil-gigil tangan Chik Na. Tapi after sometime, ok lah...memang seronok buat benda nih. Tak sabar pulak rasa nak buat ngan anak-anak dirumah. Cuma Chik Na rasa kurang cantik dan kemas hasil buatan Chik Na yang pertama nih. Cikgu kata banyakkan praktis kat rumah nanti..lama-lama cantik la ;-)

Tuan blog dengan hasil kreativitinya ;-)

Terima kasih buat Pn. Ellie yang sudi mengajar dan memberi tip-tips berguna pada kami yang menghadiri kelas deco pada hari tu. Chik Na really enjoyed the class. Bila bawak balik rumah, anak-anak Chik Na bukan main suka lagi...Insyaallah nanti Chik Na nak join class lain plak dengan de'heart cupcakes nih.

Tuesday, February 23, 2010

- Aktiviti Hari Khamis Lepas


Chik Na dah balik ke Seri Kembangan since hari Jumaat lagi tetapi tak berkesempatan nak update blog.... hanya sempat blogwalking ke blog rakan blogger. Nak kata bz sangat tak juga tapi ader je benda yang nak kena buat bila dah tinggalkan rumah dekat seminggu...menguruskan kain baju, anak-anak dan rumahtangga yang tak habis-habis. Hari Sabtu dan Ahad pun sibuk ngan beberapa aktiviti.

Semasa di KB ari tu, pada hari Khamis lepas Chik Na bawak anak-anak jalan-jalan kat bandar Kota Bharu. Bukan tak pernah pergi KB cuma tak pernah bawa Faiz dan Sufia secara official jalan jalan KB macam pelancong. Bila negeri sendiri ambil ringan je, kalau p negeri orang bukan main cari tempat tempat menarik untuk dilawati dan bergambar sana-sini ;-)

Mula-mula we all pergi ke Muzium Negeri tapi sebelum pergi muzium kami singgah beli bungkus nasi padang kat restoren Hover. Restoren  ni dekat je dengan Muzium Negeri dan boleh dikatakan agak terkenal juga la di KB. Kami kalau balik KB, mesti ade agenda makan nasi Hover nih.

Sufia depan restoren Hover... orang tak berapa ramai sangat lagi sebab masa tu baru kul 11 lebih am

Kat restoren ni ader berbelas jenis lauk.,,kalau makan di restoren, kita akan dihidangkan semua lauk tersebut, bayar hanya lauk yg disentuh sahaja...ala macam makan kat mana-mana restoren Padang or sunda di Msia jugak la. Lauk kegemaran Chik Na adalah ayam goreng kampung, pelempung goreng dan daging kering ;-)

Ade lebih 10 orang krew untuk menghidang lauk or bungkus nasi

Curi snap gambar makanan yang depa susun untuk dihantar ke meja pelanggan

Lepas beli nasi, adik Chik Na , Ayah Ri drop kami kat Muzium Negeri yang kalau jalan kaki hanya 3,4 min je jauhnya dari Restoren Hover tadi. 

Bersama Chik Lah depan Muzium Negeri berlatarbelakang bulatan jam besar
Depan kaunter muzium negeri..tiket masuk hanya RM 1.50 untuk dewasa

Dalam muzium negeri..Chik Na suka congkak bentuk burung tuh
Lagi persekitaran Muzium Negeri
Pasar lama MPKB.... kat dalam ni ade beratus gerai untuk kaki shopping ;-)
Sekitar bandar KB
Depan Bazaar Buluh Kubu  dan Laman Siti Khadijah, laman terletak ditengah-tengah antara Bazaar Buluh Kubu dan Pasar Bulat Siti Khadijah
Sekitar Kampung kraftangan...kat sini banyak jual souvenir
Atas Kiri: Istana Batu: Muzium Diraja.
Atas Kanan: Istana Jahar: Muzium Kesenian dan Tradisi Diraja Kelantan
Bawah Kanan: Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra.

Dah habis jalan-jalan di bandar KB, Ayah Ri datang ambil we all depan Istana Balai Besar..(lupa nak snap gambar depan Istana Balai Besar nih). Sebenarnya banyak lagi tempat bersejarah dan menarik yang boleh dilawati berhampiran Istana Balai Besar dan Istana Jahar ni...antaranya Bank Kerapu, Masjid Negeri, Bank Pitis dan Muzium Peperangan.... tapi disebabkan dah banyak jalan, Faiz dan Sufia dah agak kepenatan dan kelaparan almaklumlah masa tu dah dekat kul 3 ptg.

Tuesday, February 16, 2010

- Picnic kat Pantai Irama, Bachok

Ikutkan plan semalam nak pergi menziarahi Tok Wan Chik Na yang dok kat Thailand, tapi bangun pagi semalam baru Chik Na perasan yang passport Sufia lagi 3 bulan dah nak expired. Kebiasaannya kalau lagi 3 bulan nak expired imigresen dah tak benarkan buat perjalanan ke luar negara. Chik Na betul-betul lupa pasal passport Sufia tuh. Memang dah dekat 5 tahun pun...pertama kali buat masa dia berumur setahun lebih, masa tu nak pergi visit abahnya  yang bekerja kat China.

Memandangkan kami 3 beranak tak boleh pergi Thailand, maka 3 adik lelaki Chik Na pergi menjemput Tok Wan dan bawa ke rumah kami di KB. Tok Wan selamat sampai di rumah keluarga Chik Na dalam pukul 2 ptg. Menurut adik keadaan di Rantau Panjang penuh sesak dengan pelancong yang datang bershopping sempena cuti CNY.

Sebelah petangnya atas permintaan Faiz & Sufiua yang cbuk nak pergi berenang, kami adik beradik bersepakat pergi picnic kat Pantai Irama, Bachok. Perjalanannya cuma dalam 40 minit dr rumah Chik Na. Kami sampai disana dlm pukul 5.15 pm. Kat pantai pun orang teramat ramai sampaikan nak cari parking pun susah. Dah sampai pantai, Sufia & Faiz apa lagi..tak sabar-sabar la nak mandi pantai.. so ape lagi layan je lah gambar picnic kami sekeluarga ;-)




Sunday, February 14, 2010

- Balik kampung .. Kota Bharu

Alhamdulillah Chik Na, anak-anak, Ayah Ri dan Ashu selamat sampai di Kota Bharu around pukul 2 pm. Kami bertolak dari Seri Kembangan tepat pukul 8 am. Kalau ikut plan asal nak bertolak around 5 pagi kononnya nak mengelak dari kesesakkan jam tapi da pukul 6.30 pagi baru Ayah Ri kejutkan kami semua dari tido. Nasib baik kenderaan dari KL ke KB tak berapa banyak dan tiada kemalangan disepanjang perjalanan.

Sempat lagi posing dalam kete ;-), bukannya ape, kebosanan sepanjang 6 jam perjalanan

Sampai je di Kota Bharu kami yang kelaparan tanpa balik dulu ke rumah bonda tersayang, terus menuju ke majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh boss adik Chik Na, Ayah Pih. Mana tak laparnya, sebelum bertolak kami hanya breakfast  roti dan cereal je. Sepanjang perjalanan cuma makan buah-buahan dan kudap-kudapan je. Memandangkan Chik Na agak kepenatan, nak menaip pun malas, layan je gambar gambar di majlis CNY yang diadakan di Restoren Lagenda.


Antara juadah yang disediakan
Juadah yang Chik Na makan ;-)
Keluarga besar kami

Selamat Tahun Baru Cina kepada warga China.

Friday, February 12, 2010

- Tag Dari Eynda

Mintak ampun la eynda sebab dah lama jugak tag ni baru Chik Na nak jawab. Anyway, terima kasih banyak-banyak, lain kali bagi lagi yea..



1. First time jumpa with ur hubby bila n kat mana?
Tak ingat tapi rasanya tahun 1994 la kut ... dalam kelas masa buat Degree in Electrical Engineering kat UiTM. Mengikut cerita hubby dia dah admire kat Chik Na masa diploma lagi...cuma tak berani je.. 

2. Love at first sight?
Tak...sebab hubby cakap, Chik Na pernah cakap kat dia yang Chik Na hanya akan pilih dia kalau dia the last man in the world... Tapi Chik Na tak ingat langsung cakap macam tu kat dia ...bukannya apa kalau betul pun Chik Na cakap macam tu, sebabnya hubby tu orang yg paling pemalu dan pendiam kat kelas....mana buleh Chik Na yang peramah ni idup ngan orang macam tu kan!!!!

3. Who is he when the first time u meet him?
student le

4. How long it takes for him to ask u out of a date?
3-4 tahun after 1st time meet... masa tu Chik Na da start kerja pun...begitu juga dengan hubby







5. First place dating?
Dalam kete sepanjang perjalanan pergi Ipoh ... hubby ambik urgent leave ikut Chik Na pergi jumpa customer kat Ipoh sebab dia risaukan Chik Na drive sorang-sorang ke sana. Sebenarnya  after grad selalu keluar bersama tapi ade classmate yang lain

6. How he proposed?
ha ha ha ..bab ni yang best sekali.. bukan dia yang propose tapi Chik Na yang propose sebab tunggu dia propose, tak propose propose jugak. Sebenarnya malam tu memang hubby call Chik Na nak propose Chik Na tapi memandangkan Chik Na ade soalan ..maka hubby suruh ladies first le...
Kalau korang nak tahu soalannya adalah begini..
"Awak anggap saya ni siapa?"
a. kawan
b. more than kawan
c. takde apa-apa

Nasib baik dia jawab b, kalau tak haru..tapi Chik Na da ade action plan la kalau hubby jawab a or c

7. Special Date with your hubby?
1/9/00 akad nikah

8. Changes that he asked u to do?
suruh panggil dia dengan panggilan "abang" after kejadian chik na propose dia..he he he

9. What is about him that u love him so much?
So cool ... so loving walaupun tak romantik sangat and very responsible

10. What is about him that u wish he would like change?
i don't want him to change.. like him as himself very much

11. U will lose ur mind n crack ur head when he?
didn't reply my sms or my call... bukannya ape bimbang takut dia pengsan sorang-sorang kat obersee tuh


12. U will smile thru ur eyes for the whole day when he?
bila dia call or sms bagitau yang dia rindukan chik na ;-)

13. Complete below sentences 'My love towards my hubby is as big as..?
tak terkira besarnya...

Nak pass Tag ni kepada siapa?
  1. Azi

  2. Alya
  3. Cik Mas
  4. Nida
  5. Hamizah
  6. Izza
  7. Liana
  8. Rosma
  9. Shida
  10. sapa sapa yang baca n3 nih dan belum buat lagi tag nih

Thursday, February 11, 2010

- Bangun lambat

He he he ... tengok tajuk pun mesti korang dah tau... pagi ni Chik Na terbangun lambat..bukannya lambat sikit, lambat banyak, 7.35 am baru tersedar. Ni memang kes yang betul-betul tak sedar sampaikan jam kat handphone bunyi pun tak bangun. Selalunya bila adik Chik Na, Ayah Ri bukan pintu depan around 6.45 am, mesti Chik Na tersedar punya walaupun tak kunci jam. Sedap sangat tido dlm kesejukkan aircond agaknya sebab Chik Na lupa nak timekan aircond untuk off around 3 am.

Bayangkan lah betapa kelam-kabutnya pagi ni sebab anak-anak masuk sekolah kul 8am. Nasib baik Faiz sekolah kebangsaan belah petang...kalu tak sure miss la sekolah hari ni. Tapi dalam kelam kabut tu boleh lak anak-anak Chik Na siap by 8 am siap ngan breakfast lagi. Lagi sekali nasib baik, sebab Chik Na ni jenis yang sebelum tido tu akan make sure baju anak-anak da gosok, buku sekolah da susun, homework da siap, dan make sure ade biskut dlm packet untuk spare bekal kalau tak sempat nak sediakan. (cewah...puji diri sendiri plak...)

Anak-anak pun takde la nak sibuk main air dulu, tengok cartoon dulu ... semuanya laju je. Mandi pun serentak, sorang satu bilik air kalau tak dua-dua nak mandi bilik air mama. Chik Na capai je mana baju yang dah bergosok dan sholat subuh "gajah" express :-).... astagfirullah...orang lain dah sholat sunat Dhoha, Chik Na terhegeh-hegeh sholat subuh...

Faiz sampai sekolah KAFA around 8.10 am dan sufia dlm 8.17am. Kira laju la jugak Chik Na bawa kete pagi ni. After hantar they all Chik Na terus balik rumah..selalunya melilau dulu..singgah kedai buku mamak ke, beli breakfast ke, pasar ke...tapi hari ni takde mood nak singgah mana-mana. Bila sampai rumah around 8.40 am baru tersedar rupanya Chik Na tak berapa sihat pagi nih..badan a bit panas, tekak pun sakit. Rilex jap kemudian terpikir nak breakfast heavy sikit memandangkan semalam Chik Na masak gulai lemak ikan aya.


Tuesday, February 9, 2010

- Format Notebook Baru

Baca tajuk tu jangan salah sangka lak... bukannya notebook baru Chik Na tapi notebook baru tuk adik bongsu Chik Na, Ashu. Notebook ni Chik Na share beli dengan adik Chik Na, Ayah Ri untuk Ashu. Bukannya apa untuk kegunaan Ashu yang tengah buat degree engineering kat UniKL-BMI. Harapnya bila dah dapat notebook sendiri Ashu akan lebih gigih dan tekun belajar :-).

Mesti korang pelik nape format notebook yang baru dibeli.... haa..ni la ceritanya.

Notebook (nb) brand Dell ni di'deliver'kan oleh Skynet hari rabu lepas. So hari jumaat tu, dengan semangatnya Ashu balik ke rumah Chik Na nak tengok nb baru dia dan nak godek-godek nb baru dia. Kononnya nak tambah partition kat nb dell tu tapi entah macamana Ashu da tersilap langkah dan nb tu terus tak boleh boot nak masuk window...ha ha ha... nak call Dell Technical Support dah malam sangat. Hari sabtu dan ahad plak Dell Technical Support team cuti... hu hu hu

Hari Sabtu Chik Na try la jugak godek-godek dan try diagnose apa yang tak kena. Kononnya try nak restore balik ke Dell original operating system (OS) setup, still gak tak boleh. Macam-macam teknik yang dell online support suggest Chik Na buat tapi tak ok gak. Nasib baik jugak Chik Na ni boleh dikatakan IT savvy gak... (ha ha ha puji diri sendiri plak...sapa lagi nak puji kan :-). Nak format sendiri tak berani plak sebabnya Chik Na lum biasa ngan Window 7 nih. Kalau window Xp or Vista da lama Chik Na format sendiri :-).Nak tak nak semalam terpaksa la Chik Na call Dell Customer Support mintak tolong identify apa yang tak kena ngan OS nb baru tu.

Alhamdulillah after 2 jam lebih on phone ngan dell customer support, nb Ashu telah berjaya dipulihkan. Mulanya Dell operator tu guide Chik Na check hardware dulu, nasib baik la takde hardware problem. Lepas tu dia guide Chik Na macamana nak format balik nb Ashu. Tu pun kalau ikutkan dia tak support untuk software problem (depa tolong untuk customer yg add premium service je) tapi memandangkan Window 7 ni baru lagi diperkenalkan maka Dell Customer Support tolong la jugak Chik Na. Operator tu guide sampai 1st stage format je..yang lain tu dia mintak Chik Na buat sendiri sebab nak install OS ni akan ambil masa lagi 1 jam lebih. Tapi dia bagi quite detail intruction jugaklah untuk Chik Na to continue after dah abis install. Nasib baik la telefon rumah Chik Na ni, Chik Na ambik package 10 hinggit natiowide kalau tak jenuh la bayar bil telepon..

Ni la rupanya notebook baru Ashu..

best jugak notebook nih...tambah tambah screennya 14 inch..tak le kecik macam netbook Chik Na nih.Software untuk integrated webcamnya pun best...

Terima kasih banyak banyak kat Dell Cusomer Support (chinese lady yang Chik Na lupa namanya). Pagi ni Chik Na continue reinstall semua driver-driver dalam nb Ashu plak

Sunday, February 7, 2010

- Birthday Party kat tadika

Bagi mengembirakan hati Cik Sufia Aleesha, Chik Na menerima proposal Sufia yang nak celebrate birthday dia yang ke-6 di tadika bersama kawan-kawannya. Majlis bermula dalam pukul 10am....time waktu rehat. Majlisnya agak ringkas memandangkan nak buat dalam masa setengah jam je.


Chik Na lihat bukan main suka lagi Sufia bila tengok kek hari lahir dia sebab Chik Na hanya bagitau yang Chik Na tempah kek 4-segi biasa jerk. Chik Na saje je nak buat Sufia surprise..sebab dia memang mengidamkan kek "Barbie" nih.

Kek Birthday yang ditempah di Kedai Kek Hilda

Bersama teacher kat tadika

Bersama kawan-kawan tadika

Party-pack untuk kawan-kawan... 

Friday, February 5, 2010

- Happy birthday Sayangku, Sufia Aleesha

Hari ni anak ke-2 Chik Na, Sufia Aleesha menyambut hari lahir yang ke-6. Pagi ni sebelum kul 6 pagi lagi dia dah bangun, lega hati Chik Na sebab tak payah kejutkan dia (sebab kalu tak kena gaya, pagi-pagi dia akan buat hal)....maybe excited nak celebrate birthday dengan kawan-kawan kat sekolah.

Wajah ceria Sufia Aleesha pagi ni

Sufia dilahirkan pada hari Khamis, 5 February 2004 bersamaan 14 Zulhijjah 1424, jam 3.51 pm di Hospital Ampang Putri. Dilahirkan seberat 3.01kg. Al-hamdulillah, sama seperti melahirkan abangnya, Chik Na tak menahan sakit yang lama semasa proses melahirkannya. Seperti juga nak melahirkan Faiz, hanya pergi ke hospital dengan tujuan untuk weekly check-up. Bila doktor check, laluan dah terbuka 4-5 cm, apalagi doktor terus suruh ke labour room. Sebenarnya malam tu Chik Na dah terpikir mungkin dah nak deliver nih sebab dah rasa lain macam je belakang Chik Na... rasa macam nak periode. Tapi tak rasa sakit pun. Bila cakap ngan En Zaidi, dia ajak p hospital cuma Chik Na je yang malas nak pergi sebabnya baru minggu yang ke -38 lagipun memang esoknya nak kena jumpa doktor.

Bila da masuk labour room pun still tak rasa sakit, siap leh tengok TV lagi. Dalam kul 12 lebih doktor datang check bukaan dah dlm 6 cm, sakit cuma mild je..sakit yg tak menggangu Chik Na pun. Doktor pun apa lagi pecahkan water bag dan induce le. After dah induce dalam 40 minit mula la Chik Na terasa sakit nak bersalin dan Alhamdulillah tak sakit lama dan dalam pukul 3.51 pm Chik Na pun selamat melahirkan puteri tersayang Chik Na.

Bersama abang Faiz pagi nih... siap tanya abg bagi hadiah apa tuk adik?

Sepanjang membesarkannya pun, Sufia tak banyak kerenah dan jarang demam or sakit. Cuma jangan buat dia marah sebab Sufia ni agak baran sikit. Bila baran dia akan mengamuk, dan tak tau nak stop kalu tak dekat setengah jam. Dulu kami panggil dia Aleesha tapi disebab dia baran seorang orang alim suggest suruh tukar panggil Sufia kerana nama Aleesha tu agak berat untuk dirinya. Aleesha tu bermakna "yang dilindunginya Allah".

Sufia ni bila orang tanya nak jadi bila besar nanti. Dia akan jawab nak jadi "cikgu doktor"...Chik Na pun confuse mula tu, rupanya dia nak jadi pengajar kepada doktor-doktor tu.... ha ha ha..Chik Na pun explain la kat dia, kalu nak jadi cikgu kepada doktor , maknanya Sufia kena la jadi doktor dulu, barulah boleh ajar orang jadi doktor :-) .

Walaupun apa pun cita-cita Sufia, Mama dan Abah doakan semoga Sufia menjadi anak yang solehah, mendengar kata, berjaya dalam hidup, ceria selalu dan senantiasa diberkati Allah swt hendaknya. Amin.

selingan... gambar-gambar semasa memasukkan barang-barang dalam goody bag untuk birthday party kat sekolah nanti


Wednesday, February 3, 2010

- 1st Day Gym

Hari ni pukul 9 pagi Chik Na dah tersengih kat Fitness First...appointment ngan Cik Audrey kul 9.15am. Tepat-tepat pukul 9.15 am Cik Audrey muncul. Mula exercise dengan kayuh elliptical selama 10 minit, termengah-mengah la jugak Chik Na nak menyudahkan buat Elliptical tuh. Lupa lak nak tengok berapa banyak kalori yang terbakar tuk 10 minit tu. 

Pastu buat senaman dengan segala macam alat bantuan senaman yg Chik Na pun tak tau namanya (basically strenght and stretch machine) . Ade senaman tuk kuatkan otot lengan, otot bahu, otot perut, otot paha dan otot betis. Semuanya kena buat dalam kiraan 10 kali, rilex 1,2 minit then ulang 10 kali lagi. Menitik-nitik jugak lah peluh Chik Na...sampai basah t-shirt yg Chik Na pakai. Kemudian lari kat treadmill selama 10 min. Last sekali buat exercise tuk "cool down"kan otot-otot. Exercise yg last ni penting supaya otot-otot tak sakit sangat sebab dah lama Chik Na tak exercise. Masa sejam berlalu dengan cepat je rasanya sebab Cik Audrey ni peramah dan dia buat Chik Na rasa seronok dengan setiap aktiviti yang dia plankan untuk Chik Na. After habis exercise, Cik Audrey bagitau dari pemerhatian dia bahagian belah kiri badan Chik Na lebih lemah dari belah kanan.

Ikut plan Chik Na kena jumpa Cik Audrey 3x seminggu. Walaupun esok tak de personal training, tapi Cik Audrey dah pesan supaya Chik Na datang esok buat cycle selama 20min dan lari kat treadmill selama 20 min jugak.

Tuesday, February 2, 2010

- Sufia Art Class : January

Just to share kraftangan sufia kat sekolah tadikanya sepanjang bulan Januari nih.







Tahun ni Sufia da tak masuk special art class ngan EGM Studio sebab sekolah tadikanya dah extend waktu belajar ke pukul 12 tengahari. Kalau nak opt for art class maka terpaksa balik kul 2 pm la plak.. takut budak budak penat sangat dan lapar la plak.

Art class kali ni hanya yang teacher sekolah tadika  punya kreativiti la plak.

Monday, February 1, 2010

- Azam bulan February

Ha ha ha ..korang mesti pelik kan!!! Ader gak azam bulan Februari.... apa-apa je Chik Na nih. Harapnya kali ni azam Chik Na yang asyik terbengkalai ni terlaksanalah. Azam Chik Na di bulan Februari ni nak turunkan berat Chik Na sebanyak 10kg dari berat sekarang. Berat sekarang ha ha ha ....RAHSIA. Bukannya apa malu nak bagitau korang. Kalau korang tau mesti korang kata "beratnya Chik Na nih". Sebelum ni pun Chik Na da start diet dan buat exercise sendiri kat umah tapi kurang berjaya. Dalam masa 6 bulan hanya turun 4kg je. 

Salah satu sebab nak turunkan berat badan dan rajin exercise ni adalah untuk menjaga kesihatan Chik Na. Family Chik Na ramai yg ade diabetes dan darah tinggi so Chik Na ambik initiative ni sebelum Chik Na terkena penyakit tersebut. Dan dari artikel yang Chik Na baca, untuk menjauhi dari kena penyakit tersebut kita kena jaga pemakanan dan rajin senaman. Lagipun lately banyak sgt Chik Na dengar kawan or isteri or suami depa diserang strok walaupun belum lagi mencecah usia 40 tahun.

Pagi tadi dengan semangat yang baru Chik Na menuju ke Fitness First IOI Mall.. dah lama tak pergi, asyik freeze je. Harapnya "will power" Chik Na kali ni tinggi. Masuk je FF, Chik Na agak terkejut sebab dah banyak yang berubah, tempat dah makin besar dan banyak alatan senaman yang baru. Ha ha ha .. nampak sangat dah lama Chik Na tinggalkan FF nih. Dulu masa Chik Na still ader maid Chik Na rajin la jugak pergi gym, at least 3 kali seminggu.

Untuk membantu Chik Na supaya rajin bersenam ni Chik Na ambil khidmat "Personal Trainer". Chik Na choose untuk guna khidmat personal trainer bukan setakat nak ade orang push Chik Na tapi nak mengetahui teknik senaman yang betul dan sesuai dengan Chik Na yang dah menuju angka 40 nih. Chik Na pernah terbaca artikel, kalau kita buat senaman dengan cara yg tak betul dan tak sesuai dengan usia kita, ianya kan memudaratkan anggota badan kita.

FYI, selepas Chik Na submit online requirement Chik Na kat FF minggu lepas, seorang trainer telah menelefon untuk arrange 1st appointment dengan trainer pada hari ni. So semasa Chik Na pergi FF ari ni, Chik Na telah diperkenalkan dengan seorang trainer wanita yang bernama Cik Audrey. Bila buat body fat analysis... Audrey bagitau yang Chik Na dah terlebih 16kg lemak dalam badan...hu hu hu..BANYAKNYE... Sepatutnya Chik Na kena turunkan atleast 16kg la kan... tapi setelah discuss dengan Audrey, Audrey kata maintain target yang Chik Na plan..  turunkan 10kg je. Audrey kata untuk turun 10kg, Chik Na perlu buat exercise sebanyak 3x seminggu. Setiap sesi selama 1jam dan memerlukan 20 minggu untuk mencapai target yang Chik Na mahukan. Maknanya lebih kurang 5 bulan lah. bukan tu saje Chik Na juga akan diberi plan pemakan yang perlu Chik Na ikuti.

So mulai hari Rabu, 3 Feb ni Chik Na akan ke FF bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi. Hari Rabu nanti jugak, Audrey akan memberi jadual pemakanan dan jadual exercise untuk Chik Na. Dan lagi satu azam Chik Na nak banyakkan minum air putih..Chik Na ni memang liat nak minum air tak kira la air putih ke or lain lain air yg berperisa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates