Ads 468x60px

Labels

Thursday, January 28, 2010

Cuti cuti syria : Bosra

Hari kedua Chik Na di Damascus, pagi pagi lagi Chik Na dah bangun sebab pagi tu En.Zaidi nak bawa Chik Na pergi jalan-jalan ke citadel di Bosra. Kami bertolak ke Bosra dalam pukul 7 pagi ditemani oleh 4 org student malaysia yang belajar di Syria menaiki sebuah van yang disewa berserta pemandu.  Dua dari mereka memang selalunya jadi tourist guide bila ade org Malaysia nak jalan-jalan di tempat tempat bersejarah di Syria.

On the way p Bosra

Bosra ni 140km ke selatan Damascus. So perjalanan ke sana mengambil masa dalam 2 jam. Bandar Bosra ni adalah salah satu UNESCO World  Heritage Site untuk area middle east. tempat pertama yang dituju setelah sampai ke Bosra adalah "The Theater of Bosra".

Luar amphitheater " The Theater of Bosra" dan pintu gerbang ke runtuhan roman di Bosra

Bahagian dalam amphitheater yang dipanggil juga colliseum
Lagi bahagian runtuhan amphitheater.

Mula dibina pada zaman kerajaan Byzantine, kemudian diubahsuai lagi pada masa kerajaan Rome dan kemudian di ambil alih pulak oleh kerajaan Abassiyah di zaman kegemilangan Islam. Bila tengok runtuhan amphitheater ni teringat cerita Gladiator dan sewaktu dengannya dimana para pahlawan menunjukkan kekuatan mereka.Amphitheater ni juga digunakan untuk membuat persembahan.dan boleh memuatkan around 20 ribu orang pada satu-satu masa. Sesiapa yang membuat pertunjukkan yang tidak disukai oleh penonton akan dihukum pantung di situ juga.


Stage "The theater of Bosra". Bangunan di dalam gambar tersebut dikatakan bahagian VIP atau kerabat diraja

Tuan blog pun nak bergambar gak kat "The Theater of Bosra"

Amphitheater ni panjangnya 48m dan dalamnya 8 meter. Yang Chik Na kagum pasal binaan amphitheater ni sebab sesiapa yang bercakap di bahagian stage dibawah tu boleh kedengaran suaranya hingga ke bahagian atas...(kata org tak yah pakai mic...) dan blok batu batu binaan dipotong menggunakan titisan air. Bayangkan berapa lama theater ini dapat disiapkan. Semasa kami di amphitheater nih ramai gak group pelancong asing seperti Jepun dan Amerika Latin.

lagi gambar sekitar bahagian dalam aphitheater. Batu yg nampak pelik tu adalah batu kisar, maybe depa buat kisar gandum kut...

Selepas tu kami berjalan ke empangan air yang memang jugak dibina pada zaman kerajaan Rome. On the way ke empangan tu ader la gerai-gerai penduduk tempatan menjual pelbagai souvenir. Kami beli satu painting kat kedai artist tempatan. Besar lukisan dalam 2.5 x 1.5 kaki jr . baru teringat Chik Na belum p hantar kedai untuk di"frame"kan. Harganya tak mahal dalam dalam RM 40 je.


Ni plak empangan air yang Chik Na kata tu. Kata student yang bawa Chik Na dan suami, masa 1st time dia datang ke Bosra 3,4 tahun dulu empangan tu airnya still jernih, budak-budak still lagi berenang-renang dalam tu tapi semasa Chik Na pergi tu, airnya macam dah berlumpur dan hijau je. Besar empangan ini adalah 120 x 150m dan dikatakan empangan yang terbesar pernah dibina pada zaman kerajaan Rom.



After melawat Empangan air kami ke runtuhan roman "The Triangular Square" pulak. Semua tempat ni jarak dekat je... boleh berjalan kaki.

The Triangular Square  adalah runtuhan kota yang mengandungi beberapa tempat bersejarah seperti Pintu Gerbang yg dikenali Bab al Hawa, Roman Hammam, Masjid omar (one of the oldest surviving mosque), the Cathedral of Bosra, The Mameluke baths, Jamek Saiyiditina Fatimah, dan Masjid Al Mabrak

Semasa di runtuhan kota kerajaan Rom ni banyak cerita mengenai sirah nabi muhammad s.a.w yang diceritakan kepada Chik Na. Untuk pengetahuan, Nabi Muhammad s.a.w  pernah data berniaga bersama bapa saudaranya semasa kecilnya.

The Cradle of king's daughter. Cerita disebalik runtuhan ni: kononnya ade seorang tukang sihir telah meramal bahawa seorang puteri raja akan mati disengat serangga berbisa. Maka dia telah dikurung di sebuah menara yang tinggi bagai mengelak dari gigitan serangga berbisa. Dia hanya diberi makan buah-buahan, walaupun bagaimanapun akhirnya dia mati juga digigit serangga berbisa yang terdapat dalam buah anggur yang dimakannya.
Di gereja inilah seorang paderi yang bernama Bahira ternampak Nabi Muhammad s.a.w dan bapa saudaranya yang datang berniaga ke Bosra. Semasa bapa saudara Nabi datang berjumpa dengannya, dia dapat melihat dengan jelas sifat sifat kenabian pada Nabi Muhammad s.a.w seperti yang dinyatakan dalam kitab Injil lalu dia menyuruh bapa saudara nabi membawa balik nabi Muhammad s.a.w dengan segera kerana dia bimbang Nabi Muhammad s.a.w akan dibunuh oleh orang-orang Yahudi.

Jamek saiditina Fatimah

Di dalam masjid Al-Mabrak ini dikatakan mempunyai bekas tapak kaki unta Nabi Muhammad semasa beliau berhenti rehat. Di sebelah dalam masjid ini ade ruangan sekolah dimana para ilmuan dan saintis agung islam bernah belajar di sini. Sekolah ini dikatakan dianatara yang terawal di Syria.

Itulah diantara tempat bersejarah yang Chik Na lawati di Bosra. Next entry Chik Na akan bercerita pasal lawatan ke Nawa pulak.

Wednesday, January 27, 2010

Cuti-cuti di Syria



Dah lama Chik Na nak buat entry pasal Syria ni nih tapi memandangkan line tenet kat umah Chik Na ni agak slow 4,5 hari ni maka mood nak buat N3 ni jadi M.A.L.A.S. Nak guna portable broadband, adik bongsu Chik Na pinjam bawak balik BMI last Sunday. So ari ni after hantar anak-anak ke sekolah, Chik Na call  streamyx mengadu pasal line tenet yg slow nih. Bila problem line tenet dah solve, semangat la sikit Chik Na nak buat N3 pasal cuti-cuti Syria ari tu.

Chik Na selamat sampai kat Damascus International Airpot dalam pukul 2 pm waktu tempatan, hari Sabtu, 9 Jan 2010. After cop passport dan ambik luggage, semangat betul Chik keluar dari arrival hall sebab tak sabar sabar nak jumpa suami tersayang. Cari punya cari tak nampak batang hidung En. Zaidi padahal Chik Na dah sms dia masa Chik Na memula masuk terminal. Dah cari tak nampak batang hidung dia, Chik Na pun call la En. Zaidi, (nasib baik la line hp chik na ni ade roaming facilities) rupanya dia still kat rumah lagi sebab dia tak perasan sms Chik Na. Lagipun sepatutnya flight Chik Na sampai 2.45 pm. So dia bajet dalam 3.30pm baru Chik Na akan keluar dari arrival hall. Nak tak nak terpaksa la Chik Na tunggu En. Zaidi dalam 40 minit...dah la masa tu teramat dahaga, nak beli air mineral Chik Na tak jumpa cari money changer nak tukar duit...

Ni la rupanya Damascus International Airport.

Kecik je airport Damascus ni..Dengar cerita depa tengah  buat airport baru yang di"award"kan kepada kontraktor dari Malaysia. Kat arrival hall pun ade 1 kedai + restaurant je. Betapa bangganya Chik Na bila terkenangkan KLIA...yang jauh lebih besar.

Keadaan cuaca kat Damascus agak sejuk jugak dalam 15'C. so terpaksa la Chik Na keluarkan winter coat tuk cover kesejukkan Chik Na yang tak biasa sgt nagn cuaca sejuk nih. After 40 min tunggu, maka muncullah En. Zaidi. Sampai rumah dah pun waktu maghrib. Memandangkan musim sejuk, waktu maghrib kat sini dalam pukul 4.40 pm. Isyak dalam 6.20 pm, Subuh 5.10 am, Zohor 11.40 am dan asar 2.20pm.Rumah sewa En. Zaidi ni tak sebesar mana, cuma ade 1 bilik, 1 ruang tamu, 1 toilet & 1 dapur... rumah bujang la katakan..


Gambar yang di snap sepanjang perjalanan balik ke rumah sewa hubby Chik Na. Kat sini apartmentnya nampak macam tak sudah je sebab semuanya warna simen or tanah je... dan nampak kusam.

Malam tu memandangkan En. Zaidi kata Chik Na ni tetamu dia, maka En. Zaidi masakkan feberet makanan dia kat Chik Na...spagetti bolognesse tapi kuahnya agak berair sikit... En. Zaidi kata 3 hari je dia nak layan Chik Na as tetamu...after 3 hari nanti Chik na punya turn la pulak masak...

Sedap gak spagetti En.Zaidi ni...ha ha ha ..kalau Chik Na tak puji sapa lagi nak puji kan :-). Malam tu Chik Na tido awal, kepenatan mengharungi waktu travel yg panjang.


Wednesday, January 20, 2010

- Mood tak menjelma lagi

Sejak balik dari Syria nih, mood nak buat N3 pasal Damascus belum kunjung tiba lagi. Bukannya ape, Chik Na masih lum dapat adjust time diffrence between masa kat Damascus ngan masa Msia lagi. Selalunya bila travel overseas tak la teruk macam ni.. dua hari dah back to normal. Maybe sebab usia pun da makin meningkat kut ... ataupun masa dok Damascus hari tu Chik Na betul-betul berehat dan banyak tido kut al-maklumlah cuaca agak sejuk :-). Asyik berstokin dan berselimut je, buat mata Chik Na asyik layu.

Dok sana hari tu Chik Na tak buat ape pun.  Siang hari, bila En. Zaidi pergi kerja... Chik Na cuma tengok cable TV dan baca novel novel yg Chik Na tak sempat na baca kat rumah. Nak mengemas rumah sewa En. Zaidi bukannya bersepah pun. Cuma bila belah petang jap je Chik Na mula masak simple-simple tuk kami berdua. Kadang tak masak pun sebab En. Zaidi akan belikan makanan.

Lagi satu sejak balik  ni Chik Na cbuk dengan rutin harian Chik Na. Uruskan anak-anak dan kemas rumah yang agak bersepak dan berabuk nih. Mata Chik Na ni tak larat tengok bila rumah tak teratur. Tengoklah sehari dua lagi, insyaallah nanti Chik Na buat N3 pasal Damascus....tungggggggggu.

Monday, January 18, 2010

- Doha airport again



Dah 10 hari Chik Na tinggalkan blog Chik Na nih... kat Damascus ari tu nak masuk blog or facebook  tak boleh... kena block... so normally bila Chik Na guna internet Chik Na hanya chat ngan kawan-kawan/keluarga, baca email or baca paper online je.

Ni sekali lagi Chik Na kat Doha airport, tengah transit nak balik Msia. Dah tak sabar nak berada dirumah .. bak kata orang "Rumahku  Syurgaku" or "home sweet home". Walaupun masa kat Damascus ade suami disisi tapi still jugak rasa tak lengkap bila anak-anak takde bersama. Padahal bukannya pertama kali Chik Na tinggalkan anak-anak dirumah. Dulu masa kerja selalu tinggalkan Faiz dan Sufia untuk business meeting kat overseas gak. Tapi kali ni ade sedikit rasa bersalah lak, maybe masa dulu sebab terpaksa tinggal demi tugas.. yang ni pulak tinggal sebab saje-saje nak pergi. Tak jugak....pernah jugak Chik Na tinggalkan depa macam ni.. masa visit En. hubby kat China dan Istanbul. ...tapi kali ni perasaan bersalah tu amat tinggi ... mungkin sejak jadi housewife Chik Na sentiasa bersama dengan they all kut, so bila kali ni tak jalan-jalan dengan anak-anak, Chik rasa bersalah lebih-lebih. Masa kat Damascus boleh dikatakan tiap-tiap hari Chik Na call Faiz dan Sufia . Agaknya bila En. Zaidi preview bill maxis online nanti dia akan pening kepala ... (sorry dear kalu bil bulan ni melambung tinggi).

Ni Chik Na tengah relax sambil baca blog rakan blogger kat Oryx Lounge. Oryx Lounge ni lounge santai tuk orang yang transit macam Chik Na nih ... tapi kena bayar USD 30. Chik Na ambik facilities ni sebab Chik Na kena transit dalam 7 jam lebih. Lagipun orang kat airport Doha malam ni agak ramai dan susah nak cari tempat kosong untuk berehat. Terpaksa la Chik Na bayar sedikit untuk keselesaan Chik Na selama 7 jam lebih disini. Oryx lounge ni macam lounge untuk business class. Bayaran ni termasuklah untuk unlimited makan dan minum, wifi,  rilex-rilex sambil tengok tv... dan toilet pulak dilengkapi dengan kemudahan untuk shower. Kiranya betul betul unwind lah dok dlm ni... Kat lounge ni ada kemudahan business center dan bilik mesyuarat.

salah satu area tempat "unwind"

kemudahan computer ...

toilet yang amat bersih...

yang ni Chik Na makan masa mula -mula sampai... chicken burger

Ni plak Chik Na makan masa dinner ... egg sandwich, roti with hammur  (chik na suka  "mash" kacang dal cicah roti nih) dan salad pudina
Ni plak pumpkin soup yang sedap  :-)

Friday, January 8, 2010

- Doha Airport

Alhamdulillah Chik Na selamat sampai di Doha Airport. Sebenarnya Chik Na tengah transit selama 6 jam disini sebelum menaiki another flight ke Damascus.... yea Chik Na akan ke Damascus untuk menziarahi suami tersayang. Inilah pertama kali Chik Na sampai ke Doha airport...tu pun sebab kali ni Chik Na menaiki kapalterbang Qatar Airways. Ingat nak naik Emirates tetapi disebabkan Qatar Airways murah RM 800, Chik Na ambik la flight Qatar Airways so yg RM 800 tu boleh la Chik Na buat shopping-shopping kat Damascus nanti :-)

Sebelum tu kat KLIA, masa Chik Na sampai dlm kul 12 tengah malam tu, Q untuk check-in Qatar Airways punya lah panjang..lenguh jugak la kaki Chik Na beratur. Nasib baik anak-anak tak ikut .... (sebenarnya memang Chik Na ambik kesempatan pergi sorang-sorang...kononnya p honeymoon la ...) Dah la beratur panjang bila sampai turn Chik Na check-in, system pulak down...kuang kuang kuang... lama jugak la tunggu system nak recover balik ..dlm 1/2 jam rasanya... After 1/2 jam... petugas kaunter yg entertain Chik Na suruh tukar kaunter dari kaunter J ke kaunter K la pulak ... dapat je boarding pass... terus terdengar announcement flight ke Doha ready for boarding...terkejar-kejar Chik Na verified passport and naik aerotrain.

Ni lah pertama kali Chik Na naik Qatar Airways. Ruang di antara tempat duduknya agak sempit berbanding dengan kapalterbang Emirates. Tapi ok lah. Movie on demand pun banyak pilihan. tapi segala-galanya tak boleh lawan flight Emirates... (yea la kan harga tiketnya pun lebih RM 800 dari Qatar Airways).Nampaknya kalu nak visit abah ngan anak-anak nanti kena naik Emirates sebab lebih selesa dan facilities kat Dubai airport pun jauh lebih selesa dari Doha Airport ni.



Menunya pulak boleh tahan sedapnya... Chik Na breakfast omelette je sebab masa depa serve breakfast ni, Chik Na baru terjaga dari lena... lagipun masa tu baru dlm kul 4 lebih pagi ...nak makan nasik lemak rasa cam berat sangat...

Doha Airport ni tak la besar sangat..ade 22 gate je. Bila landing pun kapalterbang tak la connected terus ke bangunan terminal. Kami diangkut dengan bas ke terminal. Sebenarnya Doha airport ni sedang dibangunkan untuk lebih besar dan dijangka siao tahun 2012 nanti.


Duty free

Dalam terminal


Luar Terminal

So blog Chik Na ni akan bercuti buat sementara waktu. Insyaallah kat Damascus nanti kalau ade peluang bertenet Chik Na akan update.

Tuesday, January 5, 2010

- 1st day sekolah

Dua tiga hari ni Chik Na sibuk sikit sampai tak sempat nak lawat blog kawan-kawan blogger...

Hari Jumaat:     readykan segala keperluan anak-anak nak p sekolah sambil tu buat revision sikit.

Hari Sabtu:    ade kenduri kawin adik classmate Chik Na (both suami isteri sebenarnya classmate masa buat engineering dulu) kat Shah Alam.

Hari Ahad:       hantar Ashu register kat BMI

Semalam pulak sibuk urusan persekolahan anak-anak. Sebelah paginya sibuk ngan sekolah KAFA Faiz. Nasib baik la Sufia punya orientasi week start ari ni kalau tak kelam kabut Chik Na nak uruskan anak-anak. Yang kelam kabutnya van yang hantar Faiz ke sekolah kebangsaan datang awal...kul 11.30 pagi da sampai rumah Chik Na nak ambil Faiz. Tahun lalu 12.20 tgh baru ambil Faiz. Van sekolah KAFA pulak kul 11.30am baru sampai rumah bila balik dari KAFA. Chik Na nego la ngan driver bas (agaknya sebab driver bas nih baru kerja) tu agar ambik dlm kul 12 tgh. Sebelah petang ke SK SS1 Bandar Kinrara untuk urusan yuran sekolah keb pulak.



Semasa Chik Na singgah kelas Faiz untuk bayar yuran, Faiz takde kat kelas, rupanya dia tengah berkumpul kat unit Pengawas...biasa la cikgu disiplin tengah bagi briefing kat para pengawas untuk sesi 2010. After Chik Na bayar yuran, sempat la Chik Na snap gambar Faiz dan rakan pengawas. Balik dari sekolah Faiz singgah pulak tadika Sufia ambik uniform sekolah tadikanya.

Pagi ni lak Sufia start tadika barunya..B.E.A.M ways.. tadika brand baru..sebenarnya tadika ni ownernya sama jugak ngan tadika Q-dees tahun lalu cuma dia da keluar dari Q-dees network.. so dia guna brand lain pulak...tadikanya pun pindah ke tempat baru yg lebih dekat ngan rumah Chik Na. Chik Na tak kisah Sufia  tak sekolah Q-dees sebab Chik Na yakin ngan Pn. Siti (pengetua) dan teacher-teacher yang dah berpengalaman lebih 5 tahun dalam mendidik anak-anak tadika. Lagipun bila Chik Na tengok silibus dan buku-buku BEAMways pun lebih kurang ngan silibus Q-dees gak.



Chik Na drop je Sufia kat tadika dia pagi tadi. Dia pun ok sebab kelas 6 years tu kebanyakkan memang kawan-kawan dia yang tahun lepas. Teacher pun teacher yang sama... so lansung takde masalah la.

Alhamdulillah van sekolah kebangsaan Faiz ambik dia macam tahun lepas ..at 12.20 tgh. Kelam kabut gak Chik Na tadi sebab van KAFA hantar balik da kul 11.40 am. Terus suruh Faiz mandi dan pakaikan baju sambil tu suap nasi... tunggu punya tunggu kul 12.20 baru van sekolah kebangsaan datang ambil dia...lega hati Chik Na ..kalau tak, Chik Na da plan ambik sendiri balik dari sekolah KAFA. Harapnya esok semuanya tiada masalah.

Monday, January 4, 2010

- UniKL - BMI

Semalam Chik Na hantar adik bongsu Chik Na p register masuk UniKL - BMI (British Malaysia Institute) kat Gombak. UniKL BMI ni exactly sebelah UIA....sebelum ni Chik Na bila pergi UIA tak perasan lak UniKL BMI ni cuma bersebelahan je ngan UIA. UniKL BMI ni tak la besar sangat almaklumlah kat sini hanya student yang ambil course yang berkenaan Electical, Electronics & Telecommunication Technology sahaja.

Ashu ambil course Bachelor of Engineering Technology in Mobile Communications.. konon-kononnya nak kerja macam abang ipar tersayang, En. Zaidi. Semasa July hari tu, Ashu di tawarkan course Electrical Engineering di UNIMAS tapi Ashu tak nak pergi sebab katanya jauh sangat. Alhamdulillah dapat pulak tempat di UniKL BMI nih. Ashu seronok dapat UniKL BMI sebab best fren dia kat UIA ..kat sebelah je.

Kami sampai sana dalam pukul 10.pagi, parking kat UniKl  BMI da penuh..so kami diarahkan parking di UIA.



Sufia sempat posing masa tengah tunggu bas kat UIA

Dari UIA, UniKL BMI sediakan bas untuk ke tempat registration. Sufia yang paling seronok naik bas...sebab  jarang sangat naik bas besar.. katanya ni kali ke-3 dia naik bas besar. 1st masa p lawatan sekolah Q-dees ke kilang coklat tahun lepas dan 2nd - masa p concert akhit tahun kat Putrajaya.




Sementara tunggu student register, parent or guardian di arahkan ke Dewan Gemilang dengar briefing berkaitan UniKL, kursus-kursus yang ditawarkan dan kemudahan yang disediakan kepada pelajar dan lain-lain.


Ramai la jugak student yang baru daftar kat sini. After registration kami pergi lunch dulu,  sebelum meninggalkan Ashu di UniKL BMI untuk minggu orientasi selama 6 hari.



Chik Na doakan agar Ashu akan berjaya dengan cemerlang nanti.

Friday, January 1, 2010

- Dinner at KFC Petronas Equine Park

Malam ni Faiz & Sufia beria-ia nak makan KFC. Lama dah tak pergi KFC nih...sebab nak dietkan Sufia..cuma sekali sekali jek p makan KFC or Mc D kegemaran anak-anak. Chik Na rasa bukannya depa nak makan sangat KFC or McD tu....cuma nak mainannya je sebab tiap kali p mesti nak buddy meal or happy meal jek.



Buddy meal hari ni mainannya dapat jigsaw puzzle.





Da balik rumah sibuk nak buat puzzle yang dapat dari KFC.


Bekerjasama siapkan jigsaw puzzle ... mula-mula buat yang abang dulu

Pastu siapkan adik punya lak ...

- Our Breakfast Today...

Pagi ni mood Chik Na rajin sket...Chik Na masak nasi lemak bersama sambal ikan bilis & sambal sotong...Sebenarnya ade sebab... adik bongsu Chik Na, Ashu bawa balik best fren dia tidur kat umah semalam...biasanya kami breakfast simple-simple je...cornflake or kokokrunch or roti je tapi memandangkan ade tetamu Chik Na masak le nasi lemak tu ...



Sufia makan sampai tambah 2 kali, cuma Faiz je makan tak tambah... dia ni susah sikit bab-bab makan nasik nih...kena paksa. Faiz buat alasan tak mo makan sebab nasi lemak mama hari ni takde kacang goreng.... itu je reasonnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates