Ads 468x60px

Labels

Thursday, October 7, 2010

- Lama tak berblog

Assalamualaikum...

Dah lama Chik Na tak berblog...  mood "M" tahap melampau :-). kalau dikira dah sebulan lebih Chik Na tak berblog.. tiap-tiap pagi on netbook or PC kononnya nak menulis sesuatu tapi end up tak tulis apa-apa jugak. Hopefully start today, Chik Na akan rajin berblog kembali :-)

Sempena Syawal yg masih berbaki ni, Chik Na nak la minta maaf zahir dan batin sekiranya selama berblog or mengomen blog , ade perkataan yg menguris hati kawan-kawan dan rakan blogger. 

Wah.... nampaknya bila Chik Na melawat dan membaca blog rakan blogger, Aidil Fitri tahun ni disambut dengan meriah sekali. Gambar-gambar yg disertakan menunjukkan wajah wajah ceria belaka. Begitu juga bagi Chik Na sekeluarga. 6 hari sebelum Syawal Chik Na dah berada di kampung halaman En. Zaidi dan sehari sebelum Syawal Chik Na balik pula ke kampung halaman Chik Na di Kota Bharu. Bagi keluarga Chik Na, raya  tahun ni bertambah meriah sebab Che Su Chik Na pun meraikan Syawal dirumah keluarga Chik Na. Hari raya ke-4 Chik Na sekeluarga balik semula ke kampung halaman En Zaidi di Kota Kuala Muda. Perancangan asal nak balik pd raya ke-3, tapi disebabkan hari ahad tu jalan keluar dari Kelantan semuanya jammed teruk so kami menangguhkan perjalanan kami keesokkan harinya. Kedengaran agak memenatkan kan!!! KL - Kota Kuala Muda - KB - Kota Kuala Muda....tapi keseronokkan berjumpa ahli keluarga dan beraya bersama mereka membuatkan rasa penatnya berbaloi... dan dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga. Ehh  ... ehh... syawal ke 2 kami sempat juga menziarah datuk Chik Na dan saudara mara serta bershopping di Sg. Golok, Thailand.

Masa balik Kedah sebelum raya sempat ke Pekan Rabu Alor Setar... Masa tu punyailah ramai orang shopping raya di sekitar pekan rabu
 anak anak bermain bunga api di malam aidil fitri
salah satu foto Aidil Fitri ...suka gambar ni..sebab semuanya riang gembira
Bergambar with Tok Wan di Thailand
Sempat bawa anak-anak and their cousin mandi manda kat Pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda sebelum balik KL 

.... dan tak sah kalau pergi P.Sayak kalau tak makan or beli mee udangnya bawa balik :-)

Itulah antara sorotan kisah Chik Na sepanjang aidil fitri di kampung halaman.

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Chik Na...

wah Chik Na muncul betul2 di penghujung Syawal! Seronok tengok kemeriahan keluarga Chik Na. :)

syamimi azmira said...

Salam...bestnya berhari raya sempat shopping lagi.

Kak Zai pun dekat 2 minggu tak berblog sebab blog bermasaalah tak boleh nak sign in.

mamasya.blogspot.com

Guna account anak.

eynda said...

Eynda pun macam chik na...baru slowly menulis balik....hari tu macam hilang mood nak berblogging....meriah ye raya chik na sekeluarga :-)

Chik Na said...

raya tahun ni banyak mengahabis masa di perjalanan ..balik KL pun still cbuk ..sampai beraya ke batu pahat dan melaka ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates