Ads 468x60px

Labels

Thursday, October 14, 2010

- Aktivti last weekend

Last weekend Chik Na masih bz dengan jemputan open house walaupun syawal da berakhir pada Jumaat yg lalu. Hari Jumaat malam tu ada jemputan rumah best fren anakanda Chik Na, Faiz. Open house ni memang meriah, khemahnya je macam khemah pengantin dan lauk pauknya pun macam kenduri kawin gak :-)

Yang seronoknya kanak-kanak la.. Disediakan games.. main tikam tikam.. pilih small card then tgk dapat hadiah ke tak.. Yang bestnya boleh ambik card tu sampai dapat hadiah ;-)

 Kanak-kanak tgh beratur nak ambik card
 Ada beberapa papan hadiah yg disediakan

Hari Sabtu petang plak kami ke Marc Residence, KLCC sempena besday cousin Chik Na yg ke-2 dan open house Aidil Fitri yg dah abis ;-). Besday party ni dibuat di area kolam renang dan bertemakan Barney. Malam tu Barney dan rakan rakan datang buat persembahan buat si kecil Sara Sofia. Anak-anak Chik Na teruja la..janji balik cepat tapi bila dengar ada Barney show terus tak jadi balik cepat.


With auntie, cousins and Faiz
Faiz with geng Barney
kanak-kanak bz dengan aktiviti yang diaturkan
Kek besday bertemakan Barney buat Sarah Sofia dan butterfly cake for Qistina

Last sekali acara potong kek dengan Barney and the Geng
Then after balik dari KLCC we all pergi ke another open house kat Bukit Puchong. Open house rumah adik kakak ipar ni memang meriah. Tiap-tiap tahun mesti ada open house. Yang uniknya open house ni berkonsepkan gerai gerai makanan....ade lebih dari 10 gerai. Antaranya gerai yg ada kat situ..gerai sate, chow kuetiew, putu bambu, laksa penang, dll.. semuanya dibuat apabila tetamu order ;-) ...

Pukul 1 pagi baru Chik Na sekeluarga sampai rumah...sungguh penat rasanya walaupun hanya pergi makan sahaja






7 comments:

LiAnA said...

wow sgt teruja tgk kek2 tu sumer huhu..barney comel..

ANAKIRANA said...

best gak ek...main tikam dapat hadiah ni..
dulu kecik2 dok perabih duit beli selagik tak dapat hadiah

eynda said...

Kreatif games utk open house tu....dan besday party ada barney sangat la lain skit kan..selalu org panggil clown aje...tapi hannah panggil le maskot apa pun..mesti melalak terketar-ketar hehe...

Chik Na said...

Liana: kek kek sekarang mmg creative dan cantik cantik.. tepuk dada tanya selera :-)

Chik Na said...

ana-kirana: bab tikam mlm tu, ade sorang boy tu asyik nangis je bila no dia tak dapat hadiah, last sekali dia dpt hadiah gamnes & watch yg paling besar..ketawa besar dia

Chik Na said...

eynda: sama la macam sufia..bila barney masuk je dia terus lari belakang chik na..bab yg paling best, dia kena kejar ngan rakan rakan barney sbb dia cuba nak kuar dr dewan persembahan..nasib baik dia tak melalak dan sporting

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

meriah sangat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates