Ads 468x60px

Labels

Saturday, August 28, 2010

- Onde-onde

Atas permintaan puteri  Chik Na, Sufia, semalam Chik Na buat kueh onde-onde ataupun dipanggil jugak buah melaka ni. Asalnya Chik Na nak beli je kat Bazaar Ramadhan berhampiran rumah tetapi disebabkan terkejut dengan harga onde-onde kat Bazaar Ramadhan, Chik Na terus tak jadi beli. Balik rumah terus buah sendiri, kebetulan tepung beras pulut dan gula manisan dah ade stok kat rumah cuma singgah minimarket beli kelapa putih. Daun pandan pun melambak kat belakang rumah.

Bukannya susah pun buat onde-onde nih.. Kosnya pun tersangatlah murah tapi cuba bayangkan bazaar ramadhan kat rumah Chik Na jual 7 biji sebesar ibu jari Chik Na dengan harga RM 1... hu hu hu... kalau beli takkan nak beli 7 biji je..sure nak kena beli lebih. 7 biji tu Sufia sorang pun tak cukup :-). Bukannya kedekut cuma Chik Na rasa tak berbaloi beli dengan harga tersebut sedangkan kueh ni cara buatnya teramat senang dan bahannya bukannya mahal pun.

Rupa onde-onde Chik Na buat..Dengan 250gm tepung pulut Chik Na dapat lebih dr 50 biji onde-onde nih ... silap hari bulan petang ni pun kena buat lagi sebab puteri Chik Na dah hint nak makan onde-onde lagi..


Kadang Chik Na rasa peniaga kat bazaar Ramadan ni betul-betul mengambil kesempatan ke atas orang yang bekerja dan tak sempat menyediakan sendiri makanan untuk berbuka. Sejak berenti kerja beberapa tahun kebelakangan ni, Chik Na memang jarang beli makanan kat Bazar Ramadhan, semalam tu adalah kali pertama Chik Na pergi bazar Ramadan dlm bulan puasa ni. Bila Chik Na browse thru gerai gerai bazar ramadhan tu ternyata makanan yg dijual agak mahal jika dibandingkan sebelum bulan Ramadhan.

11 comments:

Nadiah Sidek said...

salam chik na...hee..lama tak singgah sini. dilanda angin M :p. nadiah pun baru buat onde2 hari tu. mmg senang pun buatnya. buat sendiri lagi puas sbb dpt mkn byk :D

Lia said...

kecik2 dulu mmg onde2 ni lia suka mkn.. mak selalu buatkan..
tp bila dah kawin ni tak rajin lak nk buat lia ni..hihi

Hamizah said...

bestnya..tapi tak confident la nak wat sbb kat sini ada gula melaka je..mesti berderai intinya..

ijan said...

Kalau bulan puasa selalu harga makanan mahal2 kan. bestnye onde2.. kuih faveret kite waktu bulan puasa ni :)

Kakcik Seroja said...

Salam Chik Na..

beberapa hari lalu, kakcik beli kuih jongkong di Pasar juadah dengan harga RM1.80 sebungkus. Semalam, masa meronda di Hulu Langat, jumpa berderet2 orang jual kuih tu.. sebungkus RM1.00 sahaja! Huhuhu...

Zaitun said...

Salam...Haaa...itulah untungnya kalau rajin,makanan yang dibuat sendiri dah tentu tahap kebersihannya terpelihara selain air tangan ibu yang buat.

Ibuhani said...

betul tu Chik Na......peniaga2 pasar ramadhan skrg mmg cekik darah.....kak ani n nana sampai hr ni x pernah lg gi pasar ramadhan! Untung sufia dpt mak yg rajin buat kuih sendirik....hehehe.... :)

Emy Amir said...

betul tuh kak mas...masa emy bujang dulupun, bulan pose je mesti mak emy suruh emy buat kuih buah melaka dengan chara berlauk...

dahla murah giler..senang pulak tuh! (tapi kalau suruh buat sekarang, memang tak ingat dah..ekekeke)

tuhla...bazar ramadhan memang mahal.contohnyer, emy beli bihun sup - kosong tak nak sayur, tak nak daging bagai..memang kosong semata2..charge sampai RM4..uish! almaklumnyer, kononnyer beli kat Ani Sup Utara..tapi tak patutla kalau KOSONG macam tuh dicharge jugak harga normal.rasernyer tak sampai 10 suap, dah habis dah pun bihun tuh...bayangkanlah betapa ciputnyer...huhuhuhu

Chik Na said...

Nadiah: memang puashati buat sendiri..boleh boh gula manisan besar sket ;-)

IdzaLia: rajin-rajinkan diri

Hamizah: Chik Na pun x suka buat onde-onde guna gula melaka

Chik Na said...

ijan: feberet Chik Na juga.. tgh pikir nak buat lagi ptg ni

kakchik : kat area bandar ni memang mahal.. kat KB rasanya 2 biji sepuluh sen

Zaitun: Betul bagai yg dikata

Chik Na said...

Ibuhani : takde la rajin sangat sebenarnya tapi sakit hati pasal rega kat bazaar ramadhan tu yg buat Chik Na rajin ;-)

Emy: sbb tu la K.Mas paksa jugak masak hari-hari tuk berbuka puasa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates