Ads 468x60px

Labels

Tuesday, July 6, 2010

- Jalan-jalan Cameran Highland - Part 1


Last Friday Chik Na memontengkan anak-anak Chik Na sebab nak ikut adik-adik di KB dan my mum ke Cameron Highland. Teruk tul Chik Na nih....nak pergi jalan-jalan sampai sanggup pontengkan anak yer... Tak pe la kan... lagipun cuti sekolah hari tuh kami tak ke mana-mana sebab semuanya tak sihat.

Sebenarnya tak plan pun nak pergi Cameron Highland ni tapi bila dengar salah seorang adik Chik Na nak bawa mama jalan-jalan CH, teringin plak nak ikut..sebab da lama tak jalan-jalan makan angin ngan mama dan adik adik. After dapat tau pasal adik nak ke CH last Tuesday , Chik Na pun menjalankan misi meminta kebenaran dari En. Zaidi dan misi memujuk Arri (adik Chik Na yg dok sama) ambil cuti hari Jumaat tu. Alhamdulillah tiada bangkangan dari En. Zaidi dan Arri cuma En. Zaidi minta Chik Na service tayar dan tukarkan tayar kete sebelum pergi sana.


Hari Khamis sblm pergi CH, Chik Na pun menjalankan amanat En Zaidi supaya pergi tukar dua tayar. Pagi tu selepas hantar Sufia ke kindie terus ke Goodyear Putra Permai. Mekanik bagitau kena tukar absorber sebab absorber depan belah kiri dah start leaking. Chik Na refuse untuk tukar sebab segalanya bab-bab kete Chik Na akan hantar service kat Global Amity.

Berbalik ke cerita CH, hari Jumaat kami bertolak dari rumah around 7.30 am.Alhamdulillah tiada kesesakkan lalu lintas di highway cuma jammed di Sunway menghala Subang je... tapi lama gak dalam sejam ..almaklumlah org nak kuar bekerja time tuh..

Lebuh raya PLUS hala ke Utara.. kereta tak banyak. Kami ke sana ikut Simpang Pulai sebab nak mengelak jalan yg lengkang-lengkuk melalui Tapah.

Kami selamat sampai di apartment yg kami sewa around 12 tghari. Kebetulan keluarga dari KB pun sampai lebih kurang sama. Apartment 3 bilik, 2 bilik air di Tanah Rata yang kami sewa  agak selesa dan bersih walaupun bangunannya tak nampak menarik. Ada Astro dan facilities untuk memasak dan peti sejuk.. yang paling penting apartment ni hanya disewakan untuk muslim sahaja sebab kami plan nak masak simple-simple. Dan disediakan extra tilam dan blanket yg melambak dan juga sejadah. Sesuai untuk ahli kelurga yg besar.. Chik Na rasa boleh muat untuk 2 or 3 buah family.


alamak..nak kena keluar ambik faiz plak.. nanti sambung part 2 yer

13 comments:

Ya ALiya said...

huhuu..baru nak felling2 baca,tup222...sambung...tak sabar nak tunggu,chik na boleh bg no tel apartment ni tak?

Ibuhani said...

gi cameron masa bukan cuti sekolah mesti best.....tp ramai tak org kat sana musim bukan cuti sekolah?

Hamizah said...

seronoknya jln2..

zarin said...

apa nama apt ni? kat tanah rata ye?zarin tk pernah stay area tanah rata

Azirahman said...

laa..baru nak syok2 baca trip hang..hehhe..apa nama aptmt tu?...kalau memang utk muslim jgk bagus jugak!

Teh Ais Gula Madu said...

wa waaa..nape la lately sume org asek gi cameron ni..nk gi gak la cenggini..rindu nk mam cendawan goreng..hehe

Lady of Leisure said...

bestny chikna... lama daqh lady tak ke cmeron.. pi sana lady suk rose valley tu

Nadiah Sidek said...

mcm duduk kat rmh sendiri pulak bila ada dining room semua tu. best juga sewa tempat mcm ni

Chik Na said...

Ibuhani: kami pun ingat org tak ramai tapi ramai jugak..sampai jam sana-sini.. budak-budak sekolah buat lawatan pun ramai..

hamizah: sesekali jalan with adik beradik dan mum memang seronok

Chik Na said...

zarin & azi : Birj apartment..betul betul kat pekan Tanah Rata.. nak cari makan senang, bole jalan kaki je

Baby berry: agaknya sebab now ni musim boleh petik strawberry and tomato sendiri .. :)

Chik Na said...

Lady: kami pergi gak melawat Rose Valley, tapi tak syok macam dulu-dulu.. depa dah tak jaga sangat tempat tu

Chik Na said...

Nadiah: betul tu buat cam rumah sendiri.. tambah tambah pulak pergi ngan adik beradik...

hajarus said...

teringat time hajar g cameron mase besday hajar yang lepas... hepy dapat makan strawberry salut coklat puas2... hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates