Ads 468x60px

Labels

Wednesday, July 7, 2010

- Heavenly Carrot Cake

Ingat ke nak buat N3 pasal Cameron Part 2 tapi malas nak edit gambar..so malam ni Chik Na share je resipi kek lobak merah yg Chik Na buat petang tadi.

Sebenarnya pagi tadi Chik Na teringin sangat nak makan kek carrot Kedai Kek Suanson kat Chow Kit or Bangsar  tapi tak kuasa nak layan perasaan sendiri drive ke sana so Chik Na pun terpikir nak buat sendiri. Dalam dok terpikir tu..teringat Kek Carrot yg Chik Na tengok kat blog Dapur Tanpa Sempadan. yang mengiurkan.

Sebelum jemput Faiz dari KAFA, Chik Na singgah dulu pasar borong selangor untuk beli carrot & telur dan bahan selebihnya Chik Na beli kat kedai bahan kek, Hot Oven di Puncak Jalil.


Kek lobak merah ni memang sedap sangat..and very moist. Rasanya dah ala-ala Suanson Carrot kek. Puas hati sangat rasanya..patut la tuannya letak namanya Heavenly Carrot Cake ;-)

Resipi yg Chik Na ambik dari blog En. Mat Gebu... Minta maaf la En Mat Gebu sebab copy resipi tanpa keizinan dulu..

BAHAN-BAHANNYA 

1 cawan tepung gandum
*
1 camca teh baking powder
*
1/2 camca teh soda bicarbonate
*
1/2 camca teh garam halus
*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis
*(*disatukan dan diayak
            Chik Na guna 1/2 sudu camca teh je sbb Chik Na tak suka sgt bau kayu manis ;-)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)- Chik Na guna 1 cawan
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang


BAHAN CREAM CHEESE TOPING :


100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
Chik Na guna 3 sudu besar gula aising sbb Chik Na suka cream cheese tu manis sedikit

CARA BUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...

Terima kasih buat En Mat Gebu kerana share resipi kek carrot yang mudah dan sedap nih.. Thumb up untuk resipi ni. Anak-anak Chik Na suka betul cake ni... da tinggal suku je lagi..



13 comments:

Ummu Ammar said...

Salam Chik Na..

Terliur la ngan carrot cake Chik Na ni..lps ni nak kena cuba buat..

Lady of Leisure said...

first time lady makan carrot cake ni 2 minggu lepas mmg sedap nak kene try buat lepas ni..

LiAnA said...

wahh tq share resepi.. pasni nk cube ler...

Hamizah said...

bestnya..nak skit..

zarin said...

boleh cuba gak ni..i suka carrot cake tpkan kalau buat tu memang i je yg kena makan sebiji cake tu sbb org lain dlm rumah ni tk suka carrot cake...eh eh lenlaki chik na buat, hantar umah i sikit ye! hehe

Nadiah Sidek said...

suami nadiah suka betul carrot cake. lama dah nadiah tak buat ni. suami tak request tak buat la :p

Chik Na said...

Ummu Ammar & Lady of Leisure: cuba laa try..memang sedap resipi ni.. Chik Na punya dah abis pagi tadi..anak-anak bawa bekal ke school

Chik Na said...

Liana: resipi ni mudah je.. campur-campur dan gaul gaul je.. org yg tak berapa terror baking macam akak buat pun jadi ;-)

Hamizah: kalu dekt bole la Chik Na singgah hantar ;-)

Chik Na said...

zarin: adunannya tak banyak. kek kecik je.. u sorang pun boleh habiskan ;-)

Nadiah: try buat resipi ni plak ..insyaallah suami suka

OneSimpleMother said...

keret cake my fevrret.. nk try la nanti. erk.. cupcake pun tk buat lg.. hehehe..

Ibuhani said...

kak ani mmg suka kek ni...hehehe...tp skrg ni dah malas dah nak buat!

Nida n' Hanafi said...

mak uihhhh.... memang sungguh heaven kek itu... Ni kena berguru dengan Chik Na ni

eynda said...

pandainyer chik na buat kek ...eynda tak pernah makan carrot cake tau :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates