Ads 468x60px

Labels

Friday, March 12, 2010

- Dah berusia makin pelupa

As usual every Friday morning Chik Na ade gym session dengan Cik Audrey kat FF IOI Mall. Habis session ngan trainer, Chik Na  kelam kabut nak balik rumah memandangkan hari ni nak kena masak lauk untuk Faiz makan sebelum pergi sekolah tengahari nanti. Dalam dok kelam kabut tu teringat lak nak kena call Global Amity untuk buat appointment check battery dan brake pad kete.

So after bayar parking kat autopay station, Chik Na masuk kete terus buat call untuk appoinment service kete sebelum terlupa. Da habis call terus keluar parking nak balik. Bila dah nak masukkan tiket parking kat autogate IOI Mall tu baru Chik Na perasan tiket parking takde...lagi sekali kelam kabut reverse kete dok tepi dan cari tiket yang dah bayar tadi. Nasib baik baru dlm 10 am..so takde la kete yg beratur nak keluar.....kalau tak, teruk Chik Na di hon oleh pemandu lain.

Cari punya cari tak jugak jumpa...  jam pulak dah menunjukkan hampir 10.30am.Dalam hati berkata-kata "agaknya tinggal kat autopay station kut". Chik Na pun check kat autopay station tadi, tapi takde jugak tiket tu...nak tak nak kena la p counter kehilangan tiket parking. Sepatutnya tiket parking RM 1 je tapi dah jadi RM 21 lak... denda hilang tiket RM 20, nasib baik tak RM 50. Nak redeem tiket parking yg baru tu leceh gak..kena isi borang dan photostat IC. Tapi memang patut pun, nantikan senang senang je orang nak curi kete. Dah habis process dende mendenda tu depa call security escort Chik Na ke kereta lak. Pastu security ambil no. roadtax dan expired datenya dan isi kat another borang.

Menurut adik yg jaga counter kehilangan tiket tu, kalu tiket yg hilang tu jumpa dlm masa 48 jam kita boleh redeem balik duit denda tu..tapi dia bagi RM 18 je la sebab dia keluarkan tiket baru tadi. Harapnya bila dah cool down nanti..jumpa balik la tiket yg hilang tadi...

Sebenarnya masa mula-mula sampai IOI Mall dah terdetik dalam hati tiket ni nak kena simpan elok-elok..takut misplaced pulak nanti....tup-tup betul terjadi...memang macam tu kan... bila kita teringat something maybe terjadi..after that memang betul-betul terjadi..

12 comments:

Ya ALiya said...

hehehe....tak pe pengalaman tu...pas ni simpan elok2 k....

Ibuhani said...

byk makan kepala ikan kot Chik Na.....hehehe....gurau jer :). Jdkan kebiasaan dpt jer apa pas/tiket terus masukkn dlm lopak keta yg terdekat ngan Chik Na. At least kita tau kebiasaan kita tu.....insyaallah!

Azirahman said...

hehe..tak lanjut lagi la....dok kelam kabut kot sbb tu terlupa....kalut!..seklai jadi mesti next time akan ingat selalu....

Chik Na said...

Alya: yea alya pas ni insyaallah ingat punya

Chik Na said...

ibuhani: teringat ngan one of AGM kat TM dulu..kalau kita orang lupa dia sibuk suruh makan gingko biloba ;-)

Chik Na said...

Azi: tu lah aku ingat sebab kelam kabut kut..tapi betul betul tak boleh recall samada ambik ke tak tiket kat autopay station tuh..

LiAnA said...

penah gak hilang tiket.. time tu kami tunang lagi.. parking KLCC...
jenuh cari.. mana tah hilangg..

Nida n' Hanafi said...

setakat ni tak terjadi lagi begitu... mintak2 dijauhkan..

Pengalaman adalah oengajaran yang paling indah dan berkesan..hehe

Nadiah Sidek said...

mahal jgk ye bayaran kalau hilang tiket tu

Lady of Leisure said...

lady suka makan kepala ikan org kata mudah lupa.. lady kata takpe, nanti top up balik dengan kismis hehe

ibu wawa said...

memang pun. agaknya sbb byk sgt perkara yg nak diingatkan.

apapun, otak kita ini adalah yg terbaik berbanding mesin teknologi yg ada kini.

eynda said...

Betul chik na...benda yg kita takut terjadi mesti jadi...benda yg kita sebut jangan jadi mesti jadi jugak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates