Salam semua. Dah beberapa hari Chik Na tak sempat nak melawat lawat blog rakan blogger..mintak maaf yea. Hari ni Chik Na akan try jalan-jalan blog korang. Juga tak berkesempatan nak update blog Chik Na sendiri....walaupun dalam kepala otak ni ade N3 yang nak buat.
Sebenarnya sepanjang kehilangan Chik Na tu Chik Na tak berapa sihat, selsema dan batuk yg susah nak berhenti.Tu yang jadi takde mood nak bertenet. Dah berapa hari netbook or PC kat rumah tak di"on"kan.
Chik Na dah batuk since awal last 2 weeks, klinik dah pergi dan dah bermacam jenis ubat Chik Na try tapi tak hilang gak batuk yang Chik Na alami. Nak kata tak minum banyak air.. rasa dah minum banyak air sampai kadang tu tergucil very time batuk. You all ade petua-petua tak? Kalau ade sila la share yea..
13 comments:
saya pun batuk2 gak kak mas. time lepas bersalin mesti batuk. nak kena control lak tuh takut effect jahitan. banyakkan minum air suam kak mas.
Alya: Nasib baik alya tak bersalin operate hari tuh..kalau tak jenuh la nak tahan batuk..
alaaa siannya chik na..zarin pun pernah kena batuk yang lama macam ni..habis ubat batuk berbotol2 tapimasuh tk baik..last2 dia hilang sendiri je...hihi tp zarin memang amik air suam dan juga madu je hari hari masa batuk tu..memang pantang tak minum ais lah masa tu..sekarang ni, suma minuman dah minum balik kikiki
cuba madu perah asam limau.....smoga cpt sembuh chik na :)
salam kenal, ni petua mak ler, die cakap campur kan limau ngan kapur lepas tu sapu kat dada/leher tu.amalkan..InsyaAllah akan beransur baik batuk tuh
saya puna tengah cari petua. isteri saya pun macam tu, dah bertahun. kekadang tu senang juga nak tahu dia ada ke tidak kat mana2 majlis seperti tahlil ke kat surau ke, dengar je batuk dia, saya tahulah dia ada. tapi batuknya tidaklah macam penyakit !
Salam Chik Na..
Cuaca panas di sana.. tu yg penyakit lambat nak hilang.. kena banyak minum plain water... dan jangan lupa makan ubat..
p/s: thanks join giveaway Nida... Nida amat menghargainya, good luck :)
zarin: tiap kali buka peti ais teringin nak minum ais... tapi mengenangkan batuk yg mengganggu..x jadi lah
ibuhani: insyaallah chik na try nanti
lina: nasib baik ade kapur yg beli kat KB hari tuh..leh la try nih
al-lavendari: cuba petua mama saya pulak.. belimbing buluh+ gula batu bubuh dlm mangkuk dan letakkan dlm periuk nasik bila dah kering air.. bila nasik da masak, minum air yg dlm mangkuk tu
Nida: thank u for caring ;-)
chik na< iza pon curik ms blog walking chik na neh. aduiii xhaula bakpo xdok ms padahal xkijo pom.huhu
get well soon~~
Post a Comment