Ads 468x60px

Labels

Saturday, October 31, 2009

- Q-dees year end concert

Malam ni Sufia akan menari tarian bollywood sempena konsert akhir tahun tadika Q-dees di Putrajaya.

Jap tadi semasa Chik Na hantar Sufia ke sekolah untuk persediaan concert malam ni, Chik Na sempat ambik a few snapshot kawan kawan sufia yg dah ready untuk pergi the majlis tersebut.

kawan kawan yg berumur 6 tahun

yang ni pun kawan kawan yg berumur 6 tahun jugak

Sufia yang sedang di make-up oleh teachernya

kawan kelas 5 tahun sufia tengah disiapkan oleh their teacher.

Friday, October 30, 2009

- Tip berbelanja membeli barangan runcit

Hari ni Chik Na nak berkongsi tips membeli barangan runcit yang Chik Na petik dari Kosmo beberapa hari lepas... Bukannya ape ..ni kan awal bulan, so mesti semua org sibuk berbelanja keperluan bulanan keluarga masing masing.

Bagi sesetangah pengguna, membeli barangan runcit akan dilakukan setiap bulan mengikut bajet dan senarai yg dirancangkan lebih awal di rumah , tetapi ade gak yang berbelanja barangan runcit sesuka hati tanpa membuat perancangan.

Dibawah adalah tips yang boleh diikuti ketika berbelanja barangan runcit:
  • membuat perancangan dan senarai barangan
  • jangan pergi ke kedai ketika lapar
  • hanya pergi ke lorong lorong (dlm kedai atau pasaraya) yang diperlukan
  • Jangan merayau- rayau tidak tentu hala kerana anda pasti akan mendapat barangan tambahab yang tidak diperlukan
  • pastikan anda tidak membeli barangan jenama yang anda tidak pernah cuba sblm ini dengan banyak kerana anda mungkin tidak menyukainya
  • cuba jenama dalaman kedai
  • pergi ke kedai sorang diri, jgn bawa anak-anak ke kedai. Mereka akan mengalih perhatian anda dan meminta barangan yg diingini
  • beli dalam bentuk pukalkerana ia adalah cara yg baik utk berjimat. Namun, jgn membeli lebih drpd yg akan digunakan dan pastikan tarikh luput barangan tersebut
  • hanya menggunakan wang tunai
Bagi Chik Na pulak, Chik Na akan menyediakan list barangan keperluan setiap pertengahan bulan sebab masa tu la normally En. Zaidi dapat gaji dan 'allocate'kan perbelanjaan bulanan untuk Chik Na uruskan. Tapi selalunya masa tu Chik Na akan beli barangan yang sudah habis atau sudah kekurangan stok. Jika perlu, Chik Na akan membeli barangan tambahan. Dan lagi satu yang Chik Na amalkan sejak dari dulu lagi, setiap perbelanjaan harian Chik Na akan rekodkan dlm acct perbelanjaan bulanan Chik Na. Bukannya ape, untuk Chik Na monitor dan estimate perbelanjaan Chik Na setiap bulan.

Dan perkara yang pertama Chik Na akan lakukan setiap kali dapat duit dari En. Zaidi adalah cepat cepat "allocate"kan sedikit duit bulanan untuk tabungan Chik Na, Faiz dan Sufia..

Thursday, October 29, 2009

- Besday Aqilah & Balqis

Semalam mood kemalasan melanda Chik Na... mood malas nak masak. So malam tadi kami 3 beranak keluar makan kat Restoren Selera Nusantara di Taman Equine. Sejak restoran ni pindah kat tempat baru ni, ni lah kali pertama Chik Na datang. Masa ditempat lama dulu selalu gak pergi especially hari Faiz kena pergi kelas KUMON. Tempat baru ni lebih besar dan ade wi-fi.

Sufia begitu ceria masa makan malam semalam sebab dia kata dah lama we all tak keluar makan dinner kat luar .. Biasalah kalau En. Zaidi tiada kat Msia, Chik Na malas nak keluar jalan jalan or makan malam waktu malam... malas nak drive dan tak seronok nak keluar bila tak cukup korum ..

Seperti biasa kalau pergi Selera Nusantara, Faiz mesti order Sup tulang feberet dia. Kalau makan sup tulang kat situ, nasi satu pinggang pun habis. Kalau Chik Na masak sup tulang, nak makan pun kena suap :-)

Semalam semasa baru sampai kat Selera Nusantara tu, kawan Chik Na yang satu uni, satu TM dan satu taman, Zuha, call ajak ke rumah dia sempena besday anak ke-2 dan 3 dia. So after dah habis makan Chik Na terus pergi rumah Zuha.. nasib baik Chik Na tetamu pertama yg sampai..ingat ke dah lambat..


Ni la rupa kek besday anak kawan Chik Na, Aqilah & Balqis. Kek ni pulak dibuat oleh sahabat baik Zuha, yg kebetulan kawan Chik Na jugak, Eija. Eija ni dok Shah Alam. Kek Barbie ni kat dalamnya ade 3 layer..walaupun Eija buat kek span, tapi kek span perisa oren tu sedap sangat .. Chik Na makan sampai tambah tambah.. agaknya sebab dah lama tak makan kek span..syik syik kek secret recipe je now ni..


Aqilah dah kawan kawan tengah bersiap sedia nak nyanyi lagu besday dan tiup lilin.

Kek Barbie ni bila dah potong, anak patung Barbie tu boleh tarik keluar. Tapi patung tu seksi la..x pakai apa pun.. kekekek. baju barbie ni Eija bagi separate kat Zuha...

Anak anak lelaki pun sibuk nak ambil bunga bunga dari sugar paste pada gaun Barbie nih.. Faiz pun berkenan sangat kat Barbie tu ..siap pesan ngan ChikNa suruh buat kek macam tu untuk besday Sufia 6 years nanti ..

Besday Aqilah ni sama ngan besday Chik Lah (adik Chik Na) dan En. Zaidi, 28 October .. So untuk Cik Lah," Selamat Hari Lahir "...

Dan untuk En. Zaidi "Happy Besday Abang"... hadiah tunggu balik nanti ...bagi special punya :D

Tuesday, October 27, 2009

- Souvenir from Sarawak

Petang tadi dalam around pukul 4, Chik Na ke KLIA jumpa adik Chik Na yg no 5, Ayah Pih yang transit kat KLIA dari Kuching nak balik KB. Ayah Pih ke sana 10 hari atas urusan kerja.

Kami jumpa dalam kereta je, malas nak parking.. Jumpa kat pintu no. 4 kat bahagian pelepasan. Nak tunggu kat arrival lane, banyak lak kereta, pastu ader En. Polis menunggu nak saman dan halau sapa sapa yang tunggu lama-lama.


Ni la hajat sebenar nak jumpa Ayah Pih tu .. nak ambik senduk dari Sarawak yang Chik Na mintak tolong belikan... yang kat rumah ni dah buruk buruk sebab tiap tiap hari guna. Mintak belikan 2,3 senduk je tapi dapat sampai 9 senduk. Chik Na suka guna senduk kayu nibung ni, sebab tak calarkan periuk especially yg jenis "non-stik".

Yang dalam kotak panjang tu, Ayah Pih belikan seekor terubuk masin. Dah pun Chik Na makan 1/3 ekor masa dinner jap tadi. Yang bulat tu pulak, belacan Bintulu. Belacan Bintulu tu agak terkenal kat Sarawak.. memang sedap sebab sebelum ni pun Ayah Ri pernah beli bawa balik masa dia pergi Sarawak tahun lepas. Terima kasih banyak banyak la Ayah Pih. Lain kali bila Ayah Pih pergi Sarawak lagi boleh la pesan kek lapis Sarawak lak.

Ni pulak Sufia bergambar dengan lolipop yang Ayah Pih beli kat KLIA sebelum jumpa kami. Semasa Chik Na menaip entry ni, Faiz dan Sufiaa sibuk dok jilat lolipop yang Ayah Pih beli. Thank you Ayah pih di atas semua souvenir yang dibeli :D.


Monday, October 26, 2009

- Further Study

Masa open house rumah kawan Chik Na 2,3 minggu lepas, kawan Chik Na yang jadi lecturer kat UiTM tu sibuk dok hasut Chik Na buat master kat UiTM. Dia kata now ni kat UiTM dah boleh buat master by coursework instead of research...senang sikit nak grad katanya.
Antara hasutan yang terngiang-ngiang di telinga Chik Na ni "buat la master .. dah ade master nanti, jadi tutor, tak yah jadi full time lecturer, buat part time je , 2 - 3 jam seminggu, gaji lumayan gak dari dok saje saje kat umah...."

So 2,3 hari ni dalam kepala otak Chik Na ni asyik dok pikir pasal nak further study lagi. Masa kerja dulu pun pernah terpikir nak buat MBA sbb dulu di TM Chik Na banyak buat kerja kerja pengurusan daripada kerja kerja technical. Now ni nak kena buat MEng or MSc kalau nak jadi lecturer. Chik Na rasa jadi lecturer ni tak sesibuk masa Chik Na kerja dalam dunia korporat dulu :). Rasanya lah ..

Bila pikir lagi dan lagi ... menarik gak cadangan kawan Chik Na tu. Bukannya sebab gaji lumayan tapi sebab utamanya at least Chik Na dapat menghilangkan kesunyian Chik Na ni bila dok rumah sorang sorang masa anak anak pergi sekolah dan kalau En. Zaidi balik kerja di Msia nanti leh la Chik Na support perbelanjaan rumahtangga nanti sebab for sure gaji yg dinikmati sekarang akan jadi suku aje...

Semalam semasa En Zaidi call dari Damascus, Chik Na menyampaikan hasrat Chik Na untuk belajar lagi .... dan En. Zaidi menyokong sepenuhnya cadangan Chik Na.

Hmmm... tapi mampukah Chik Na bergelar student balik ..banyak yg nak kena consider antaranya:
  • 1st yg terpikir ....nanti anak anak can ne nanti... (boleh rasanya sebab they all dah besar besar)
  • anak anak nak dok ngan sapa time Chik Na p class ( nursery la jawabnya ..or cari maid)
  • Nak buat full time or part time?
  • boleh ke handle rumahtangga dan anak anak sambil belajar??? Insyaalah boleh, nak seribu daya tak nak seribu dalih....ibu ibu lain ader yg kerja sampai malam pun boleh gak belajar .. kan???
  • Nak study kat mana?? UiTM, UKM or UPM... ( universiti ni semuanya dalam lingkungan rumah Chik Na..tak jauh rasanya)
  • mampu ke nak ingat balik ape yang dah belajar lebih 10 tahun dulu ..hu hu hu ..elecronic, digital system, micro computer, machine, electromagnetic ... mencabar minda jugak nanti nih
  • kos pembelajaran ??? bape universiti fee untuk buat master engineering now ni yea.. kalau tak silap boleh ambik duit kwsp, acct 2, or buat pinjamam pelajaran or guna duit simpanan yg ade (sayangnya nak guna he he he he) or last option mintak bantuan BIASISWA dari En Zaidi la jawabnya
Apa apa pun idea ni masih dalam kotak pikiran Chik Na lagi ...

Saturday, October 24, 2009

- Bajet 2010

Hari ni Chik Na nak tulis pasal Intipati Bajet 2010 yang Chik Na suka

Cukai (Chik Na suami isteri tak terlibat sebagai pembayar cukai al maklumlah Chik Na dah tak bekerja & En. Zaidi lak tak kerja dalam Msia so dia tak yah bayar tax kat gomen la buat masa ni)
  • Pelepasan cukai pendapatan induvidu dinaikkan kepada RM 9k drp 8k. Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27% kpd 26% ( Chik Na kena ambik tau pasal ni sebab in our future plan En Zaidi suatu hari nanti akan balik bekerja tetap di bumi Malaysia ni .. Hmm banyak jugak kena bayar cukai kalau gaji En Zaidi kena kadar cukai max tu. Lagi satu alangkah bagus kalu kerajaan tambah pelepasan untuk anak anak lagi bagus sbb kos membesarkan/menyekolahkan anak anak sekarang adalah sgt tinggi ... bayar baby sitter, tadika, KAFA, tuisyen dll )
  • Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM 500 setahun pada 2010 hingga 2012 ( Banyak ringgit jugak dapat jimat tuk bayar cukai kepada sapa sapa yg subcribe to jalur lebar, maybe after this Ayah Ri leh tukar akaun Streamyx Chik Na kepada nama dia supaya dia dapat jimat cukai)
Kakitangan awam (pun Chik na suami isteri tak terlibat)
  • Bayaran khas RM 500 kepada penjawat Gred 41 - Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini (hmmm.. kalu cam tu mama tok (my mum) pun dapat bonus jugak la sebagai pesara wajib, boleh ke??? sebab dia dapat pencen dari arwah daddy punya... )
  • Pinjaman pembelian komputer setiap 3 tahun berbanding 5 tahun sekali sekarang ( baguslah tu sebab lifespan komputer/notebook/netbook now ni pun dlm 3 tahun je)
KWSP

  • Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yg tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi. petani dan penjaja. Setiap RM 100, kerajaan menyumbang 5% tertakluk kepada jumlah RM 60 setahun (orang macam Chik Na boleh mencarum jugak ke sbb KWSP Chik Na dah tak bertambah dah sekarang ni :D.. tambah pun sikit je daripada dividen KWSP tiap tiap tahun tuh)
  • Pelepasan cukai individu utk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikan RM 1k kepada 7k ( sepatut bagi lebih lagi selalunya 1 keluarga yg pendapatan sederhana ader 4 org anak, normally bayar more than 7k tuk premium insuran hayat & caruman KWSP)
  • Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 % ( sgt bagus..kalau nak harapnya menabung sendiri mmg susah la jawabnya .. sebabnya mengikut kajian tabung persaraan KWSP tu selalunya hanya bertahan untuk perbelanjaan 5 tahun selepas bersara shj. Chik Na yg tak bekerja ni pun selalu ingatkan diri sendiri utk menabung untuk hari tua Chik Na nanti)
Pendidikan
  • Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama (sgt bagus sebab kos pendidikan sekarang amat mahal berbanding zaman Chik Na 15 tahun dulu, boleh encourage para pelajar belajar bersungguh sungguh.. kalu depa tak belajar betul betul..grad je dah ade hutang nak kena bayar ..)
  • 30 pelajar terbaik menerima biasiswa nasional di universiti tersohor ( thinking ...macam mana nak didik Faiz & sufia dok dalam kategori ni yea..)
  • Pakej'netbook' termasuk perkhidmatan jalur lebar dgn bayaran RM 50 sebulan untuk 2 tahun ( ha ha ha ..bagus leh suruh Ashu ambil pakej ni je bila daftar kat BMI pada 3 Jan 2010 nanti :D)
  • Diskaun 50% perkhidmatan kereta api jarak jauh kpd pelajar dengan kad diskaun pelajar 1 Malaysia (leh la Chik Na try bawa anak anak balik Sg. Petani or KB naik ketepi lepas ni .. fyi Chik Na pun tak pernah naik keretapi balik kampung kekekek



Friday, October 23, 2009

- Not feeling very well


Dah dua tiga hari Chik Na rasa badan tak berapa sihat, kejap demam, kejap ok, sakit tekak dan selsema. Chik Na notice siang demam mula kebah walaupun still rasa tak larat, malam pulak demam datang balik. Rasa cam nak ambik "mc" je jadi surirumah tuk 2,3 hari ni, nak rehat sepenuhnya .. Boleh ke?? Dulu masa ade bibik leh la "mc" .. kekekek. Hmm,.. mana boleh mc jadi housewife ni kan.. sakit ke, demam ke... nak tak nak kena gak jadi pekerja sepenuh masa ni kan :D. Tambah tambah lagi En. Zaidi tak de kat sini, lagi lah tak buleh nak mc. Kalu dia ade leh la jugak ambik mc kan !!!! Nanti sapa nak layan kerenah Faiz & sufia kalau Chik Na mc kan.. Insyaallah Allah akan bagi ganjaran yang tak ternilai buat Chik Na nanti.

Semalam, dalam dok tak sihat Chik Na mengubah susun atur rumah Chik Na sket, kononnya nak bagi berpeluh la selapas makan ubat dan baring. Lepas tu mengemop satu rumah. Bila Faiz balik sekolah KAFA berehat jap and layan kerenah Faiz nak g sekolah.

Dalam 12.30 p ambik Sufia dari Q-dees, then Chik Na p kedai alatan jahit beli manik tuk jahitkan kat baju raya Sufia. Kat sekolah Sufia ader open house Deeparaya hari ni. Sebenarnya bukan rajin sangat nak jahit manik kat baju Sufia tapi memandangkan dah janji ngan Sufia masa raya dulu lagi maka terpaksa la Chik Na tunaikan janji Chik Na. Lagipun dah banyak kali Sufia tanya bila nak jahitkan manik kat baju dia..

Belah petangnya pulak iron baju yang melambak tu. Kiranya mood rajin la semalam, kalau tak, baju Chik Na tu selalunya Chik Na hantar iron je kat kedai dobi. Dalam kul 5.30 pm lak, Chik Na jahit manik kat baju Sufia jap. By 7 pm baju Sufia dah siap...Nasib lengan baju kurung dia pendek je.. Then masak simple-simple untuk dinner.

ni la rupa jahitan manik kat baju raya Sufia

Malamnya sebelum kul 8 pm, hantar anak anak ngaji quran. Balik ngaji, dinner, then guide Faiz & Sufia buat kerja sekolah. By 10 pm Chik Na dan anak anak naik tido. What a tiring day for me yesterday ..

Hari ni Chik Na tak mau buat ape-ape kerja rumah walaupun mesin kain .. nak dok rilex layan blog, FB, tengok HBO, AXN, Starworld, ABO Box Office je ...

Thursday, October 22, 2009

- Sufia's Art Class : 14 and 21 Oct 2009

Semalam seperti biasa hari yang dinanti nantikan oleh anak perempuan Chik Na yang seorang tu..Sufia. Pagi pagi lagi dia dah remind Chik Na yang dia ade art class ..

Masa Chik Na jemput dia dari Tadika Q-deesnya semalam tak sabar sabar dia nak tunjuk hasil lukisan yang dia buat. Tajuknya "Whale". Ikan paus dan sedikit ombak dibuat daripada "manila card" dan dilekatkan pada lukisan yang Sufia lukis.


Kat bawah ni pulak lukisan yang last week. Chik Na lupa nak kongsi hasil lukisan Sufia yang bertajuknya "Rainbow" ni.


Sufia kata lukisan yang last week tu dia lukis gambar pemandangan pelangi di sebalik dua buah bukit..

Sebenarnya Chik Na amat menyukai setiap lukisan yang diajar oleh teacher Al dan teacher Jo dari EGM Creative Studio ni, sebab they all menggalakkan student menggunakan color yang ceria dan terang benderang. Sebab tu la kadang kita tengok macam tak logic warna yang Sufia warnakan pada lukisannya.. Contohnya: bukit- warna kuning hijau, or previous lukisan kucing warna kuning. Apa apa pun Chik Na rasa amat berbaloi membayar untuk kelas lukisan ni. Teacher Q-dees Sufia pun selalu puji Sufia pandai mewarna :D .. mana taknya sebab EGM Studio dah ajar teknik mewarna tu ...



Tuesday, October 20, 2009

- Open House Rumah Che Su

Last Saturday, my auntie, Che Su yang dok kat Bandar Kinrara buat open house untuk family. Open house ni sebenarnya dah yg ke-3 buat Che Su. 1st open house utk kawan kawan anak, 2nd open house untuk jiran & 3rd open house untuk ahli keluarga. Memandangkan rumah Chik Na ngan Che Su ni dekat je..dlm sepuluh minit perjalanan, ketiga-tiga open house Chik Na dijemput tapi 2nd & 3rd open house je yang Chik Na pergi sebab sibuk melayan open house kawan kawan.

Ha ha ha sampai 3 kali open house Che su buat, Chik Na plak "0" open house yang Chik Na buat. Ada la buat makan makan sikit bila kawan kawan call nak datang beraya tapi bukan betul betul open house. Bukannya tak nak buat tapi disebabkan En. Zaidi takde kat sini, maka mood untuk buat open house tu tak de. Insyaallah bila En. Zaidi beraya di Msia dan dapat cuti panjang sikit leh laa buat open house. Memang dah lama teringin nak buat :D


Sufia with Cik Hani & Cik Nisa... dua dua ni anak Che Su Chik Na.

With auntie, Cik Iran and her grand-daughter, Arina

With another auntie, Cik Dah and my cousin serta anak anak they all

Another snapshot but still tak cukup "korum"

Auntie Aida, Ayah Wi, little Sara and Che Su sedang berbual bual sebab tahun ni Che Su tak balik raya kat KB, (turn balik Penang) so only this time she can have a chat with her brother and their wife. Che Su ni youngest sister to arwah my father. Menu hari tu Nasi beriani, spagetti bolognese, macaroni goreng, nasi impit, popia basah and buah buahan.

Che Su sembang with another brother, Ayah Su.

Jejaka hensem yang still single mingle. Baju merah tu Ayah Ri Sufia & Faiz. Others are my cousin.

Lepak and sembang sembang ...

Cousin and wife tgh menjamu selera.

Open house yang bermula after maghrib berakhir about 11.30 pm. Kami yang last sekali balik ... So happy dapat berkumpul dan berbual bual bermacam topic...especially pasal my cousin yang akan kahwin Dec nanti..Insyaallah... means another family gathering will be held in K.Lumpur.. yang ni pasti lagi meriah sebab all saudara mara from KB will be here :)

Friday, October 16, 2009

- Shopping, shopping and shopping

Pagi semalam, awal awal lagi Chik Na dah pergi Jusco sebab malas nak pergi dengan anak anak sebab nanti banyak lak "tol" untuk depa. Hajat dihati nak beli berus botol susu jenama "Tollyjoy" (anak Chik Na tu walaupun dah nampak besar besar belaka tapi dua dua still hisap susu dalam botol :D) dan sedikit barang dapur sahaja.


Tapi bila lalu kat bahagian household banyak lak benda yg terlintas nak beli. End-up Chik Na beli 6 biji gelas , 2 talam yang saiz berbeza dan baking loaf jenama "pyrex". Gelas tu nak ganti gelas Chik na yang pecah 2 biji last Sunday. Walaupun gelas yang lama tu sedikit berbeza tapi boleh la match ngan yang baru ni. Talam pulak sebab yang lama tu dah retak tapi tak berapa nampak sgt retaknya) dan mangkuk tu memang dah lama Chik Na berkenan dan disebabkan ader 10% discount maka Chik Na terpengaruh utk membelinya kekekek.. Dekat MYR 100 la jugak habis kat bahagian household tu. Tu selalunya Chik Na malas nak merayap kat shopping mall. End -up kita akan beli benda yang tak la penting sangat. Contohnya beli mangkuk "pyrex" tu. Nanti pening En. Zaidi tengok ape yang Chik Na beli... tapi mana dia tahu kan.. !!!! Dia bukannya ade kat Msia nih melainkan dia pun baca blog Chik Na nih la kan..



Ni la rupa baking loaf yang Chik Na dah lama berkenan tu. Untuk menghilang rasa bersalah beli mangkuk ni Chik Na decide buat lasagna untuk dinner. Kebetulan ade lagi lebihan kueh spagetti kat freezer.


Rupa lasagna Chik Na sebelum dibakar menggunakan mangkuk pyrex yang baru tu. He he he.. Kejap je susun lapisan lasagna tu memandangkan semua bahan dah ade kecuali kena buat "rue", sos putih yang diselangseli ngan lapisan kuah spagetti Chik Na".

Ni pulak rupa lasagna yang telah dimasak. Anak anak Chik Na memang suka lasagna ni. Teringat lak kat adik bongsu Chik Na, Ashu yang kat KB. Selalunya bila dtg KL dia selalu gak suruh Chik Na buat lasagna ni. Tapi kadang je la layan selera Ashu ni.

Ni plak another snapshot lasagna yang Chik Na buat. Sebenarnya lasagna Chik Na ni kekurangan lapisan dari biasa yg Chik Na buat. Selalunya buat 6 lapis tapi semalam buat 4 lapis je sebab takde stock "lasagna sheet" kat umah.


Thursday, October 15, 2009

- Homemade Pizza

Petang semalam bila tanya anak anak nak makan ape, they all kata "apa-apa jer la mama" Chik Na pun teringat kat rumah ader roti pita yang Ayah Ri beli dua tiga hari lepas. So Chik Na pun decide nak buat pizza version sendiri :D. Kebetulan pulak ramuan seperti sosej, keju mozarella & parmesan dan kuah spagetti dah ade.

So dengan pantasnya Chik Na potong sosej yg telah di'defrost', mayang bawang besar dan potong dadu lada capsicum merah & hijau. Lepas tu spread kueh spagetti atas roti, tabur sosej, bawang dan lada. Lepas tu parut keju mozarella dan cheddar, tabur parmesan dan masukkan dlm oven dengan suhu 150 degree lebih kurang 15 - 20 min

Begini lah hasilnya. Pizza buatan sendiri. Sebenarnya masa raya baru baru ni pun kami jamu juga tetamu dengan pizza yg macam ni setelah ketupat dan makanan lain dah habis stok. Tapi untuk tetamu yg special je laa....


Another snapshot

Semalam adik Chik Na, Ayah Ri dah suruh belajar buat pastrinya sendiri pulak .. hu hu hu.. insyaallah akan belajar bila Chik Na dah dapat mixer idaman Chik Na .. "Kitchenaid" yg macam Martha Stewart guna tu :D. Dah survey dah harganya masa Homedex 1- 4 Oct baru baru ni..harganya RM 2.2k. Cuma tinggal nak convince En. Zaidi je nanti .. :D

Faiz sedang menikmati pizza buatan Chik Na. Dia memang suka makan makanan selain dari nasi ni . Sebelum pergi sekolah tengahari tadi pun Faiz mintak nak makan pizza lagi.

Wednesday, October 14, 2009

- Manik Baju Zuha

Hari Ahad dua tiga hari lepas classmate Chik Na yang duduk satu taman ngan Chik Na datang rumah hantar baju untuk jahit manik. Dah la hantar Ahad malam , nak ambik petang ni...sabar je lah. Kalau bukan dia ni classmate Chik Na merangkap jiran dan merangkap member satu TM, dah reject tempahan express ni. Kalau org tak kenal leh charge mahal :) tapi member yang selalu tempah mana bole...

Semalam pagi kelam kabut Chik Na pergi kedai alatan jahit kat Puchong Prima, DIOS, untuk cari manik mutiara yang sesuai utk baju Zuha ni. Lepas ambik Sufia dari tadika Chik Na dok mengadap jahit manik kat baju Zuha. Alhamdulillah siap jahit baju ni dalam kul 6 ptg tu pun setelah beberapa kali berenti rehat :)

Zuha berkenan design ni sebab tengok Chik Na pakai baju raya masa pergi open house rumah Zue/Ex-adie gathering hari sabtu lepas.


Tuesday, October 13, 2009

- Weekend yang bz

Hari Sabtu, 10 Oct dan Ahad, 11 Oct adalah hari yang agak cbuk buat Chik Na.. cbuk bertandang raya and sibuk melayan kawan kawan yang datang rumah.

Hari Sabtu, pukul 2.30 pm, jiran baru sebelah rumah ( owner baru rumah sebelah kiri.. young couple yang baru kahwin bulan May) buat open house untuk berkenalan ngan jiran tetangga. Depa ni baru pindah dok sini dalam bln June kalau tak silap Chik Na. Kami antara org pertama yang hadir majlis open house depa sbb tengahari tu Chik Na malas nak masak & dah plan nak makan kat rumah sebelah :). Lama gak melepak kat rumah sebelah ni sebab dok bersembang ngan jiran tetangga yang lain. Al-maklum kalau tak de gathering macam ni, jarang sembang ngan jiran jiran sbb semuanya sibuk bekerja kecuali Chik Na la kan....

Habis open house rumah sebelah dlm 3.30pm, bergegas lak ke Bandar Puteri Klang. Ade open house ex-classmate masa belajar dulu. Kawan Chik Na ni sekarang lecturer kat Fakulti Engineering Uitm. Memandang kawan Chik Na ni buat open house kami ex-ADIE 1994-1996 buat gathering sekali le kat rumah dia ..tumpang makan free :). Masa Chik Na sampai ade le 4,5 couple classmate Chik Na termasuk seorg lecturer kami dulu.. Dr Hairi. Kebanyakkan depa ni dah anak melebihi Chik Na, ader yang 3 org, ader yg 4 org, dan ader yg dah 5 orang. Semua pakat tanya Chik Na bila nak kejar depa.. Chik Na senyum je lah .. Kadang rasa macam nak pregnant lagi kadang rasa tak mo dah .. bukannya ape Chik Ni kalau pregnant teruk alahannya..tambah tambah lagi En. zaidi tak de..lagilah malas. Lepak dan sembang sampai la kul 6 ptg.

Then singgah rumah aunty kat Bandar Kinrara 5. Lepas maghrib pergi lak rumah lagi seorg auntie kat Bandar Kinrara 4. Sampai rumah dah kul 10 pm. Mandi mandi terus tido.

Hari Ahad pulak, pagi pagi Cik Na dah pergi pasar borong...beli perkakas buat Keowteow/bihun sup sebab kawan Cik Na, Zilla (kawan baik masa Uitm) kata nak datang beraya kat rumah. Memandangkan dah masak extra Chik Na call Cik Mas (Meet Auntie Mas) dan best fren Cik Na masa kat TM dulu (Lyn & Saniah, which still best fren). Lama bersembang ngan Zilla..dr kul 12 -4 ptg.. lama tak jumpa so macam macam sembang. Then dalam kul 4 lebih pm Lyn call dia cakap on the way ke rumah..and husband dia cbuk ngusik nak p makan durian rumah Chik Na..so kelam kabut la Chik Na kuar beli durian 5 biji untuk depa...bukannya ape, saja nak memuliakan tetamu supaya depa nanti rajin dtg jengok Chik na ni.

Dlm dok sibuk makan durian, ex housemate Chik Na kat kampung Melayu Subang, Lynn datang dgn kakaknya and kawan we all jugak, Ann. Rezeki gak untuk Lyn dan Ann ( yg mengidam nak makan durian.. lebih lebih lak dia, macam la dia yg pregnant) boleh merasa durian yang Chik Na beli tu .. Seronok dapat pegang perut Lyn yang tengah pregnant anak pertamanya..

Sufia with Cik Lynn and Cik Ann

Sufia with Cik Zilla.

Walaupun weekend yang baru lepas ni agak memenatkan tapi keseronokkannya berlipat ganda sebab dapat jumpa sahabat handai dan saudara mara.


Thursday, October 8, 2009

- Sufia's Art Class : 7 Oct 2009

Semalam kat Art Class, Sufia buat lukisan bertemakan Deepavali. Lukisan tu semuanya Sufia buat and color sendiri tapi wording teacher yang tulis.. Bila tanya nape sufia tak tulis sendiri.. dia jawab "tulisan adik tak cantik macam teacher".




Siap bercerita kat mamanya ni yg sepatutnya orang India buat bunga ni ngan beras berwarna warni..letak kat rumah or halaman rumah masa raya Deepavali. Bila tanya "Mana adik tahu".. Dia jawab, "Teacher la yang bagitau. Teacher mama dulu bagitau tak?". He he he anak anak sekarang ni memang banyak cerita & banyak soalan .. so kena layan and cari jawapan yg betul & logik untuk depa...Kalau tak nanti dia all silap pemahaman lak.

Chik Na sampaikan terpaksa belikan "Kamus Dewan" untuk di refer bila they all tanya especially Faiz. They all ni kadang bila kita bagi wording baru samasa word BM or English, mesti tanya panjang lebar. Contohnya last week, pasal Chik Na buat rule pasal buka tutup gate bila nak g tuisyen or ngaji or ambik they all kat sekolah. Chik Na kata la " Mama nak buat undang- undang, sapa yg mama nak hantar or ambik orang tu la yg kena tutup/buka gate". Semua jawab ok..tiba tiba Sufia tanya... " Mama, undang undang tu ape?".. terkedu jugak Chik Na masa tu mencari jawapan yg sesuai dan mudah difahami. Alhamdulillah dapat jawab soklan tu .. siap ngan contoh sekali.

Tu la ketelah anak anak yg sedang membesar ni ..they all suka tanya tu tanya ni....


Wednesday, October 7, 2009

- Open House Lestari Perdana 8

Pada 4 Oktober lalu yang lalu, Persatuan Penduduk LP 8 sekali lagi mengadakan majlis rumah terbuka Aidil Fitri. Majlis bermula pukul 11 pagi hingga ke petang. Sabtu malam diadakan majlis gotong royong untuk membakar lemang dan masak rendang ayam kampung.

Kali ini pot luck untuk penduduk di jalan LP 8/4 adalah menyediakan biskut raya or mee goreng. Chik Na mulanya nak goreng mee, tetapi memandangkan pagi tu Chik Na ke rumah brother in law (BIL) menjemput mother in law (MIL) ke rumah maka hasrat Chik Na terkubur sebabnya dok bersembang lama ngan SIL & BIL sambil makan breakfast roti canai yang Chik Na bawa. Alih alih tgk jam dah pukul 11 am.. berkejar Chik Na balik ke rumah yang dalam 10 min perjalanan.

Balik rumah rilex jap, pastu cari biskut raya yang perlu dikorbankan untuk majlis tersebut..nasib ader lagi biskut raya yang belum buka :). Dalam 12.30, Chik Na & anak-anak, MIL dan adil lelaki yang setia menemani Chik Na sekeluarga berangkat ke majlis tersebut. Majlis rumah terbuka LP 8 diadakann di perkarangan surau An Nur.

Memandangkan Chik Na missed-place camera Chik Na sejak balik raya (masih mencari lupa letak mana), maka boleh lah u all ke link kat bawah ni untuk melayari gambar gambar dari ihsan jiran Chik Na.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates