Ads 468x60px

Labels

Wednesday, September 30, 2009

- Cuti Cuti Tok Bali at Sudara Beach Resort

Sebenarnya dah a few days ago Chik Na upload gambar pasal cuti cuti Tok Bali nih tapi malas nak menaip...still lagi kepenatan travel selama 10 jam dari Kota Bharu pada hari Sabtu yg lepas. Juga kepenatan menguruskan rumah dan kain baju yang melambak sejak balik dari bercuti raya.

Masa raya ke-5 dan ke-6, keluarga Chik Na pergi bermalam dan rilex rilex kat Sudara Beach Resort, Tok Bali. Tak jauh pun dari rumah keluarga Chik Na di Kota Bharu, dalam 45 min drive je. Saje je cuti-cuti masa time raya sebab nak kumpulkan semua adik beradik.. tu pun adik Chik Na yang ke-5 tak dapat ikut sebab dia ada family day kat P.Langkawi. Kami pilih tempat yg dekat sebab tak mau keletihan memandu ke destinasi untuk bercuti.

Kami menginap di "connected" chalet no. 123 dan 124. Chalet kami berdekatan ngan swimming pool (senang nak memantau anak anak mandi pool) dan dari beranda chalet leh nampai pantai.

Check in je kat chalet anak anak terus cbuk mandi swimming pool.. dah abis mandi swimming depa p mandi kat pantai lak... apalagi after that wajah anak anak pun bertukar gelap.


Dalam kul 6 ptg, kami buat barbeku kat tepi pantai. Dalam sibuk dok panggang sotong , ikan, ayam dll tiba tiba hujaaaaan plak..nasib baik rintik rintik je. Kami continue panggang makanan then bawa balik makan kat chalet. Malam tu semua orang tido awal sebab kepenatan mandi pool dan mandi laut.


Pantai kat sini cantik dan bersih. Lagipun private beach so orang tak ramai laa.


Aksi aksi di swimming pool.


Gambar gambar sekitar chalet.

Thursday, September 24, 2009

- Raya kat Thailand

Hari raya ke-3, around kul 10 am, keluarga Chik Na pergi ke selatan Thailand untuk beraya dengan Tok Wan & adik beradik mama Chik Na. Sampai di imigration Sg. Golok keadaan agak jammed disebabkan ramai orang yang mungkin sama macam Chik Na iaitu pergi menziarahi saudara mara yg berada di Thailand.

Sampai rumah Tok Wan dah dekat kul 12 tengahari. Kat sana kami berkumpul dan buat BBQ. Seronok sangat sebab dapat berjumpa ahli keluarga yang jarang jarang dapat bertemu. Chik Na la yg jarang bertemu tu .. sbb mama dan adik adik yg berada di KB selalu menziarahi they all at least sebulan sekali.

Sebelah petangnya adik beradik Chik Na,pakcik & makcik pergi mandi air terjun berhampiran dengan kebun durian Tok Wan. Chik Na tak dapat ikut sebab Sufia nak tido masa tu. Lupa nak upload gambar air terjun dari camera adik Chik Na untuk di kongsikan disini.

Monday, September 21, 2009

- Open House 2nd Hari Raya

2nd Hari Raya, keluarga Chik Na mengadakan rumah terbuka. Open house kali ni betul betul marathon.. start dari kul 6.30 pagi (jemaah dari surau berdekatan) berlanjutan hingga 10 malam. Yang datang bertandang adalah jiran tetangga dan sanak saudara. Main menu adalah nasi dagang. Tapi bila dah maghrib nasi dagang 5 kg habis dijamu maka terpaksa la adik Chik Na goreng meehoon pulak kepada tetamu yang datang selepas maghrib



Faiz with my cousin .. 10 month, Sara Sofia. So Faiz and Sufia kena la panggil Auntie Sara :)

Sufia lepak sambil tunggu tetamu.


Sufia & Faiz with uncle.. Ashu

Kek Chocolate Moist dari Sercret Recipe

Gulai ikan

Nasi dagang

Gulai ayam


Ketupat dakap


Ketupat palas

Tapai


- Hari Raya Pertama

Just to share Raya photo.


Saturday, September 19, 2009

- SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Beberapa minit lalu penyimpan mohor besar telah mengumumkan tarikh Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari Ahad, 20 September 2009.

Oleh itu dikesempatan ini, Chik Na dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf andainya ada tersilap dan terkasar bahasa, mohon Maaf, Zahir dan Batin.


Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga

Ahmad Zaidi bin Hassan
Maslina Al-Ahmady bt. Mohd Amin
Muhammad Faiz Najmi b. Ahmad Zaidi
Sufia Aleesha bt. Ahmad Zaidi

Note: guna kad raya sufia buat kad tadika

Thursday, September 17, 2009

- Berita dari Damascus & Balik Kota Bharu

Semalam selepas Chik Na post entry pasal hamper, En. Zaidi call beritahu sebenarnya dia baru dapat tahu dari bos dia yang opis they all cuti selama seminggu sempena Aidil Fitri ... Tensen Chik Na mendengar perkhabaran tu, sebab sebelum ni En. Zaidi cakap dia hanya dapat cuti 2 hari je untuk Aidil Fitri kali ni. En. Zaidi cakap kerana terlalu short notice, nak cari tiket nak balik Msia pun dah fully book. Hati Chik Na menangis meronta ronta, kalu they all bagitau awal awal, dah tentu kami sekeluarga dapat beraya bersama sama. Dalam sedih, Chik Na continue jugak pack baju-baju dan kueh mueh untuk balik Kota Bharu... tapi dalam hati still tak puas hati dengan perkhabaran dari cik abg Chik Na tu..

Pagi tadi kami bertolak ke Kota Bharu pukul 6 pagi.. ikut plan 4 pagi, tapi adik Chik Na, Ayah Ri agak penat so tido terbabas sampai 4.30 pagi. Nasib baik sampai tol Gombak tak jammed tapi kete agak banyak jugak di jalanan. Sepanjang perjalanan ader la jammed di a few tempat disebabkan accident dan mungkin disebabkan kete slow kat depan. Anak -anak Chik Na membebel la jugak sebab lambat sampai. Sufia silap pesan lain kali kita tak yah balik dengan kete, naik aeroplane je. anyak la songel anak anak chik Na..So After 10 jam diperjalanan kami selamat sampai di rumah bonda Chik Na.

- Hamper Raya

Memandangkan esok adik Chik Na mula bercuti, ari ni Ayah Ri bawak balik a few hamper yang dia dapat dari client dia. Yang menarik hati Chik Na sebeg hamper yang Chik Na pikir agak lumayan jugak harganya sbb kat dalam beg ni berisi kueh mueh moden dan tradisional yg diisi dalam bekas porselin yang cantik rupanya. Dalam hati Chik Na terpikir beratus jugak harga hamper nih.. begnya saja dah berpuluh ringgit Chik Na rasa.

Begnya yang cantik dan tegap nih amat sesuai kalu dibawa pergi picnic kat taman-taman .. picnic ala ala mat salleh kat padang yg luas tuh la :)

Bila diurai barang barang dlm hamper beg tadi ..macam macam makanan yang keluar .. kuehbtg buruk, jejari bilis, manisan, 4 jenis biskut, gajus, serunding dan 2 jenis coklat. Anak anak Chik Na lak yang tumpang gembira.

Yang ni plak hamper yang mengandungi setin biskut Famous Amos, sebalang biskut Almond London dan sekotak coklat fererro Rocher.

- Handbag untuk Bonda


Pagi Isnin yang lalu, Chik Na call mama Chik Na kat KB bertanyakan persiapan raya. Dalam bersembang tu mama Chik Na bagitau dia nak handbag baru untuk raya ni ... Hu hu hu malasnya Chik Na nak gi Sogo cari handbag untuk mama Chik Na tu, kalau tak beli kan kecik pulak hati mama. Bagi Chik Na kat Sogo je yang banyak koleksi handbag handbag ni ..
lagi satu sebab mengenangkan Sogo tengah sales ..tau la Sogi kalau sales discountnya mesti sampai 70%. Nak gi Sogo or Jalan TAR musim raya ni, jenuh la, jalan jammed and orang pun jammed :). Lagipun anak dara Chik Na mesti tak mau pergi punya, sebab nanti dia penat pulak puasa puasa nih.

Nak tak nak terpaksa la mintak tolong adik lelaki kesayangan Chik Na yang dok ngan Chik Na tu tolong belikan. Kebetulan plak opisnya berdekatan Sogo, boleh jalan kaki je. Bila Chik Na bagitau minta tolong belikan handbag.. Ayah Ri mengeluh nak gi Sogo, orang ramai katanya.

Dalam mengeluh pun semalam Ayah Ri buat video call ngan Chik Na dari Sogo, suruh pilih mana satu yang agak agak sesuai ngan mama Chik Na tu. So dapat jugak belikan mama handbag baru berjenama "Pierre Cardin" walaupun sebenarnya dah terkeluar bajet raya Chik Na tahun ni.. ye lah permintaan last minute. Tak kisah pun berbelanja untuk mama tersayang sempena bulan yang mulia ni , asalkan mama Chik Na gembira.


Handbag ni agak besar jugak and ade 3 compartment berasingan. Yang ruang tengahnya boleh muat netbook Chik Na nih.Harapnya mama chik Na berkenan la. Fyi, mama Chik Na ni ranggi jugak orangnya..maklumlah umur pun tak sampai 60 tahun lagi, masih bergaya :) .




Tuesday, September 15, 2009

- Bergaya ngan tudung Ariani /ala ala ariani

Anak dara Chik Na ni suka betul ambik tudung tudung Ariani or ala ala Ariani ChikNa main main kat rumah sorang-sorang. Dah banyak kali hint kat Chik Na suruh belikan tudung macam tu untuk dia. Reasonnya tudung dia untuk pakai g ngaji semuanya dah pendek pendek & kecik kecik dah. Bila ingat balik memang la tudung dia dah pendek pendek sebab badan dia dah macam budak darjah 2 or 3 ..


Sufia ni kadang suka gayakan tudung tu berlapis lapis.. kadang pakai tudung dia yang kecik tu kat dalam ...

Kadang pakai tudung kosong kat dalam kemudian pakai tudung bunga bunga kat luar.. pandai bergaya, padahal Chik Na tak pernah pakai berlapis lapis macam tu.. bila tanya "mana adik dapat fesyen ni".. Dia jawab ..."dalam majalah kan ader fesyen lagu ni"..


Kadang selapis je.. biasanya luas muka tu kena la dia pin sket supaya muat muka dia


Yang pink ni memang yang paling dia suka ambik main/pakai.


Yang ni pun dis suka gak..


Ari ni pergi ngaji pun dia pakai tudung Ariani Chik Na.

Sunday, September 13, 2009

- Majlis Berbuka Puasa LP 8

Hari ini penduduk perumahan kami, LP 8 sekali lagi menganjurkan majlis berbuka puasa bagi mengeratkan lagi silaturarahim sesama penduduk yg diadakan di hadapan surau baru Taman LP 8. Majlis ni bukan sahaja untuk penduduk beragama Islam tetapi untuk semua kaum... Kita kan 1 Malaysia so apa salahnya bangsa lain join sama...tetapi semalam yang ade cuma a few Chinesse yg hadir, maybe yang lain agak segan untuk menghadiri majlis yg mungkin bagi mereka berkaitan keagamaan. Yelah diantara aturcara majlis adalah tazkirah sebelum berbuka puasa dan sholat maghrib beramai ramai. Selalunya bila majlis rumah terbuka samada Hari Raya atau Chinesse New Year atau Hari Deepavali semua bangsa akan sama sama menghadiri majlis yang dianjurkan.

Majlis berbuka puasa tahun ni dianjurkan dengan kerjasama Bank Islam. Di sebelah pagi para penduduk telah bergotong royong memasak nasi Bukhari, daging rendang, ayam masak merah dan gulai dalca. Kueh mueh, air dan buah buahan disediakan secara "potluck" oleh penduduk. Jalan yang bernombor genap perlu menyediakan kueh mueh, jalan bernombor ganjil sediakan buah buahan dan air muinuman. Jalan rumah Chik Na pula 8/4, so Chik Na pun buat la kueh "onde-onde". Tu nama panggilan bagi org Kelantan macam Chik Na ni tapi nama commercialnya "Buah Melaka" kalau tak silap Chik Na. Mulanya Chik Na ingat jalan Chik Na sepatutnya beli buah, sebelum kluar beli buah, nasib baik Chik Na baca sekali lagi memo yg dihantar... rupanya kena sediakan kueh. Memandangkan masa tu dah pukul 4 ptg, kueh onde onde je lah yg rasanya cepat untuk dibuat.

Ni la rupa onde-onde yang Chik na buat. Chik Na guna 1 paket kecik tepung beras pulut. Dapat la dlm 400 biji..penat jugaklah berdiri masa buat kueh ni.



Ni pulak anak dara Chik Na, Sufia yang berumur 5 tahun yang dah kepenatan menunggu berbuka puasa setelah berpuasa seharian. Masa gambar diambil dah dlm pukul 7 ptg, tu yang melepek tak larat. Al hamdulillah setakat ni baru 3 hari Sufia tinggal puasa.
Anak anak jiran Chik Na

Ni pun anak jiran Chik Na gak


Lupa lak nak ambil gambar makanan yg dihidangkan dan majlis berbuka puasa, al maklumlah sibuk nak berbuka puasa :)





Saturday, September 12, 2009

- Make-up baju raya

Semalam Chik Na decide nak menambah bling bling kat baju raya Chik Na and anak dara Chik Na, Sufia. Kebetulan tak banyak benda yang nak kena buat..so Chik Na pun google la fotopages member Chik Na masa kerja kat TM dulu. Azie ni dok Kulim, Chik Na memang agak rapat dengan dia masa kami anak dara dulu sebab satu department kat Global Business kat opis Bukit Damansara dulu. Lepas kahwin, Azie bertukar ke Penang, ikut hubby dia yang kerja ngan Intel . Walaupun dah pindah silaturrahim yang terjalin tetap terjalin walaupun sekarang ni Chik Na dah tak kerja ngan TM lagi :).

Azie memang aktif mengambil upah jahit manik .. tak macam Chik Na, sejak bibik Chik Na berenti kerja Chik Na dah tak mengambil upah jahit manik sebab dah takde masa nak concentrate jahit manik. Urusan kerja rumah & anak-anak tak terhandle Chik Na dibuatnya. Dari fotopages Azie, Chik Na dah dapat idea nak jahit manik. Chik Na pun mula la menggeledah la barang-barang jahitan manik Chik Na, pilih manik mana yang sesuai untuk baju Sufia and Chik Na. Setelah dekat sehari, siap la jahitan manik kat lengan baju Sufia & Chik Na



Yang ni baru kurung Sufia. Sebenarnya yang ni namanya "manik beriringan selapis" tetapi digunakan manik mutiara yang berlainan saiz.. hasilnya agak comel. Bila dijahit di hujung tangan, nampak macam pakai gelang mutiara :).


Yang ni plak dijahit di hujung tangan baju kurung Chik Na. Baju ni sepatutnya baju raya pertama Chik Na tapi disebabkan tema baju raya kat KB tahun ni warna pink so baju ni jadi baju raya hari kedua la nampaknya.

Thursday, September 10, 2009

- Sufia Art Class 2


As usual setiap hari Rabu Sufia ader class lukisan kat tadika dia. Memang she looking forward every Wednesday untuk attend kelas lukisan. Semalam dia lukis "Hot Air balloon" .. and warna guna water color.

Yang kat bawah ni plak art class yang hari ni, Kad ucapan Selamat Hari Raya. Sebenarnya hari ni patutnya takde art class tapi class ganti untuk minggu cuti Hari Raya nanti... Kad ni dil;ukis di atas kertas pasir kemudian dilukis menggunakan crayon. Sebenarnya berbaloi hantar class lukisan ni, semua peralatan disediakan dan pelbagai teknik yang di ajar. Color pensil, water color dan crayon yg digunakan jugak yg bermutu tinggi...sebab tu lah bila tgk lukisan budak budak kat tadika tu semuanya cantik cantik belaka


Wednesday, September 9, 2009

- Terlewat Bangun

Pagi ni lepas anak anak sudah makan sahur, Chik Na decide nak tido kejap memandangkan tak yah sembahyang subuh. Niat nak tido kejap jadi kelam kabut sebab terbangun lambat. Sedar sedar dah 7.20 am, kelam kabut kejutkan faiz bangun dan mandikan dia. Dalam cbuk nak pakaikan baju sekolah KAFA, van sekolah Faiz dah sampai.. tgk jam baru 7.40am, cepat plak van datang ari ni, selalunya between 7.50 - 7.55 baru datang. Agaknya disebabkan minggu ni budak sekolah rendah tak sekolah (direhatkan sebab UPSR) maka van datang awal sket. Nak tak nak Chik terpaksa suruh drebar van tinggalkan Faiz, maka terpaksa la Chik Na hantar sendiri Faiz ari ni. Kalau nak hantar Faiz kena kejutkan Sufia awal. Lagi sekali kelam kabut, Chik Na mandi dulu kemudian kejutkan Sufia lak. Sufia ni kadang bukannya senang nak bangun..nasib baik hari ni mood dia ok. Dia terus bangun and mandi, pakaikan baju, sikatkan rambut panjang mengurai Sufia then hantar they all p sekolah. Sampai sekolah Faiz dah kul 8.15am...lewat la jawabnya. Kemudian seperti biasa hantar Sufia ke tadika Q-dees di belakang pasar borong Selangor.

Sementara tunggu they balik sekolah, Chik Na teringat nak pilih gambar gambar digital untuk dicuci. Rasanya dah dekat setahun tak cuci gambar masukkan dalam album. Sejak kejadian PC kat rumah crash hard disk last time, Chik Na selalu make sure gambar gambar yg menarik hati dihantar kedai untuk dicuci. Masa tu ader beribu ribu gambar dalam PC yg crash tu. Gambar dari Faiz baby sampai Sufia umur 2 tahun. Nasib la En. Zaidi rajin buat back-up gambar gambar, boh dlm CD. Tapi tak semua gambar gambar tu yg ter"back-up." Masa tu sedih sangat, sebab banyak gambar gambar anak anak simpan dalam PC. Nasib setengahnya ader kat gak copy dlm notebook Chik Na & En. Zaidi dan jugak dlm simpanan adik adik Chik Na. Sampai sekarang Sufia selalu complain, nape gambar Abang Faiz masa baby banyak sangat dari gambar adik. Antara beratus gambar yg telah di pilih untuk dicuci.

Jalan jalan kat Putrajaya

Hari Raya 2008

Picnic with Mama's family in Yala, Thailand

Picnic kat Pantai Bisikan Bayu

Jalan jalan K.Trengganu

Ader lagi gambar nak kena pilih nih .. jalan jalan Bangkok, Besday Sufia 2009, Besday Faiz 2009, Sukan Sek Faiz, Majlis Anugerah Cemerlang, Sukan Sekolah Sufia, Balik kampung kedah & KB and gambar saje saje snap kat umah or outing. Waa... banyak nih .. mau beratus RM jugak nak kena bayar kat kedai gambar nih

Monday, September 7, 2009

- Balik Kota Bharu pulak

Last Saturday, Cik Na balik KB. Anak- anak seronok sebab dapat naik airplane lagi.. Nasib baik dapat tiket murah hari tu. RM 210 utk 3 org pergi & balik. Murahkan??? For Info, kalau naik bas ke KB dari KL pun adik Cik Na cakap tambangnya dah lebih kurang RM 45. Kebetulan lak rumah mama Chik Na di KB hanya dlm 5 minit dari airport. Tapi dalam keseronokkan mereka Chik Na tahu they all a bit sedih sbb Jumaat tgh malamnya tu kami hantar En. Zaidi ke KLIA utk balik ke Damascus. Setelah bercuti selama 2 minggu di Msia, En Zaidi terpaksa kembali ke Syria demi menunaikan tugas.

Di LCCT, terminal domestic keadaan tak sesibuk seperti biasa. Maybe kebanyakan org dah balik kampung semasa awal puasa merangkap cuti sekolah hari tu. Lagipun minggu ni dah 2 minggu berpuasa, so tak banyak org nak balik kampung sebab next week dah nak balik beraya plak. Tapi flight ke Kota Bharu agak penuh, pelancong asing pun agak ramai. Tapi yang Chik Na agak sedih tak ramai yang memakai "mask" untuk menghindari/mengelak dari terkena jangkitan H1N1 seperti yg diarahkan oleh kerajaan. Bagi Chik Na lebih baik mencegah daripada dijangkiti, tambah tambah lagi bila melibatkan anak anak kecil.


Sufia "the Mask Girl"


Anak anak melayan psp sementara tunggu utk take off

.

Posing kat dlm airplane

Sampai rumah bonda dah dalm kul 12.30 pm. Sejam kemudian Chik Na dapat sms En. Zaidi dahselamat sampai di apartmentnya di Damascus. Alhamdulillah....

Petang tu kami berbuka puasa kueh kueh Kelantan seperti Jala Mas, Buah Tanjong, Tahi Itik ; sejenis kueh yg dibuat dari telur putih & tepung dan Akok disamping nasi dan lauk lauk.

Semalam Chik p shopping sket kat bandar KB. Waaah.. di KB dah ader lagi satu shopping complex baru. Dan yg paling mengeliru Chik Mas, jalanraya disekitar pasar Siti Khadijah dah diubah arah laluannya... a few jalan jalan dah jadi "one way".. pening jugak Chik Mas dibuatnya.

Malam ni Chik Mas akan berlepas dari KB dalam jam 10.20 mlm..Harapnya flight tak delay sebab pagi esok anak anak kena pergi sekolah :)



Thursday, September 3, 2009

- Dah Terasa Sedih

Hari ini Chik Na dah terasa a bit sedih sebabnya En. Zaidi akan balik bekerja ke Damascus pada awal pagi Sabtu ni. Tahun ni pertama kali setelah 9 tahun berkahwin kami tak beraya Hari Raya Aidil Fitri bersama.... Walaupun dah biasa tak beraya Hari Raya Haji tapi tak dapat beraya puasa bersama terasa amat sedih sekali. Sebenarnya En. Zaidi ajak juga kami sekeluarga beraya di Damascus tapi Chik Na rasa macam tak berbaloi nak bayar tiket flight dlm 11K hanya nak pergi sana dalam seminggu... dan lagi satu sekarang ni tgh musim H1N1. Kalau balik dari Damascus anak anak sakit, tak ke haru Chik Na nanti. Lagipun tahun ni Chik Na berazam nak menambahkan tabungan dan melebihkan investment utk masa depan. Sedih sedih jugak tapi kehidupan harus di teruskan jugak kan!!!!

Semalam, hari yang ditunggu tunggu oleh anak pompuan Chik Na sebabnya dia ader kelas lukisan ngan EGM Studio. Semalam dia lukis bunga kebangsaan. Sejak dia joint art class kat sekolah tadika Q-deesnya, Sufia dah makin rajin mewarna. Sebenarnya dia memang suka melukis & mewarna. Masa Sufia umur 4 tahun kat Tadika An Nur dia pernah dapat no 1 dlm pertandingan mewarna sekolah dia. Masa pengetua sekolah umum nama Sufia sebagai pemenang tempat pertama, macam tak percaya Chik Na dibuatnya :).

Bunga raya yg dilukis anak dara Cik Na

Ni pula lukisan minggu lepas, tajuknya sand art sebabnya gambar yg dilukis di tabur dengan pasir warna warni.


Petang ni Chik Na nak masak simple je..sebab ade faktor x yang bernama "malas" :). Plan nak masak Mint spagetti seafood. Rupanya lebih kurang Mint Spagetti Chicken macam yg pernah Chik Na masak dalam gambar bawah ni, kueh lak - cekodok pisang sebab nak habiskan pisang yg masih banyak (weekend ni kat fly back to Chik Na punya rumah bonda kat KB lak) and buat air sirap bandung cincau. Lastly, Chik Na ucapkan Selamat Berbuka Puasa.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates