Ads 468x60px

Labels

Thursday, June 18, 2009

- Father's Day & Mother's Day

Art Class Sufia semalam dia buat kad Father's Day untuk Abah. Balik je dari sekolah Sufia tak sabar sabar nak suruh ambil gambar and mms kat Abah..tetapi mms tak berjaya diterima oleh abah kat Syria. So abah suruh email je.
Menurut Wikipedia, Father's day ini disambut pada setiap hari Ahad minggu ketiga di dalam bulan Jun untuk menghargai para bapa di dunia ini.




Yang ni pulak kad Mother's Day yang dibuat oleh Faiz di Sek Agama. Teringat lagi masa dapat kad ni, Faiz malu-malunya nak ucap "maafkan Faiz mama' Masa tu punyalah tersentuh hati keibuanku ini...rasa cam nak nangis tapi control je...

Menurut Wikipedia, Mother's Day pulak disambut setiap Ahad minggu kedua di dalam bulan Mei.




Yang ni pulak kad yang dibuat oleh Sufia di sekolah tadikanya pada hari terakhir sebelum penggal persekolahan lepas berakhir. Menurut teacher Sufia, aktiviti ni dilakukan supaya anak anak menghargai kasih sayang ibubapa mereka.









Tuesday, June 9, 2009

- Manjakan Diri

Lepas sembahyang asar semalam pergi mengurut badan kat rumah tukang urut favaurite, Kak Long. Everytime balik KB, mengurut adalah diantara agenda yg akan dilakukan. K.Long ni muda lagi orangnya, awal 30an. Aku suka mengurut ngan K.Long sbb kat rumah dia ni agak privacy sket. K.Long memang ader satu pondok kecil disebelah rumah dia untuk tujuan mengurut. Dalam rumah urut ni siap ade TV, radio and kipas... ala ala mini SPA gitu. Semlm semasa mengurut siap boleh tgk citer Zati & Si Mawas dan citer drama Matahari lagi.

Kat KB ni bila pergi urut badan, harga yg dikenakan amatlah murah. Untuk urutan badan selama 2 jam setengah, upah yg Kak Long ambil baru RM 30... amatlah berbaloi. Selepas urutan pula, K.Long akan memberi sebiji pil untuk melegakan sakit selepas diurut dan supaya bila bangun pagi keesokkannya badan akan jadi amat selesa.

Kalau kat KL, Kak Mun tmt yg selalu pergi tu ambil RM 50 sejam. Kalau kat SPA seperti Thai Odessey harga yg dikenakan dlm RM 90 utk 45 min. Urutan K.Mun ngan K.Long memang berbeza. K.Long ni pandai mengurut sebab kebolehan semulajadi, K.Mun pulak belajar mengurut untuk menjana pendapatan selepas bersara. Urutan K.Long ni kalau orang yg tak tahan sakit, pasti tak tertahan kesakitan tetapi after sehari selepas urutan, badan terasa amat selesa. Bagiku, yang mengalami kesakitan tumit kaki dan buku lali ni, kalau mengurut dengan K.Long, pasti dapat menghilangkan kesakitan tersebut untuk beberapa bulan.

Itulah diantara agendaku yg pasti dilakukan bila balik Kota Bharu....


Saturday, June 6, 2009

- Bijak Wang

Pukul 7 ptg tadi tgk rancangan Bijak Wang di TV 3. Rancangan berunsur kewangan ni memang menarik hatiku. Antara tips yg diberi dlm rancangan tersebut;

Setiap individu mesti menanam sikap perlunya menabung dalam diri and mesti make sure untuk menabung setiap bulan. Jumlah yg disarankan untuk tabungan setiap bulan adalah at least 10% of pendapatan bulanan seseorang.

Jumlah pendapatan - tabungan 10% = perbelanjaan; ini sepatutnya dilakukan oleh setiap individu yg sudah bekerja, bukannya; Jumlah pendapatan - perbelanjaan = tabungan

Sekiranya anda dapat menabung lebih dari 10%, adalah lebih baik.

Lagi satu statement yg menarik hati ialah dari Azizi Ali berkenaan pembelian kereta.

Beliau menyatakan jika seseorang itu tidak mampu membayar loan kereta dalam masa setahun shj maka orang tersebut sepatutnya tidak mampu untuk memiliki kereta tersebut. Ahli panel rancangan ini juga menasihatkan supaya orang yg hendak membeli kereta membayar downpayment kereta seboleh bolehnya at least 50% of harga kereta dan membuat pinjaman sependek mungkin. Hmmm... pernah juga membaca artikel lain berkenaan kewangan, mereka menyarankan supaya membuat pinjaman pembelian kereta paling lama 3 tahun shj.

Menurut ahli panel juga, setiap individu pelu menabung utk hari tua kerana menurut kajian, simpanan KWSP hanya cukup untuk 3 tahun perbelanjaan selepas bersara shj. Setiap individu perlu wujudkan simpanan hari tua supaya bila kita bersara kita masih ade "pasive income".

Contoh pasive income:
Jika seseorang pesara mempunyai simpanan sebanyak RM500k semasa bersara, disimpan dalam any pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, maka pesara tersebut akan mempunyai pendapatan sebanyak 50k setahun bermakna sebln pasara tersebut akan mendapat sebanyak RM 4,500 tanpa mengusik duit simpanan asas 500k tadi. Hmm..agak lumayan juga kan.

Tu lah antara perbincangan yang diutarakan dalam Bijak Wang hari ini.

Pokoknya kita memang perlu menabung samada untuk hari tua, education anak-anak, pembelian rumah dan sebagainya.

Kepada surirrumah seperti saya , mereka juga perlu menabung supaya jika berlaku kecelakaan kepada suami tersayang, u have some money in hand tanpa perlu meminta belas ihsan adik beradik dan saudara mara keran amereka juga mempunyai komitmen utk keluarga mereka. Bijak lah berbelanja duit yg diberi oleh suami tersayang and make a habit to save at least rm 0 or 100 per month into your acct. Lebih banyak lebih baik ...

Thursday, June 4, 2009

- Aktiviti Cuti Sekolah: Main Swimming Pool

Pagi smlm bawa anakanda and their cousin p Sunway Piramid. Kebetulan anak buah datang duduk rumah during cuti sekolah ni... saje je bagi anak anak rapat sket ngan cousin depa. Niat dihati nak cari baju pengawas warna biru utk Faiz tapi promosi "back to school"kat Jusco or Parkson hanya jual baju putih je. Mana mau cari nih... Cikgu dah bagi surat start next semester Faiz dah dilantik menjadi pengawas tetap. Ingat ke bila standard 3 nanti, baru la dia akan dilantik sebagai pengawas tetap, rupanya dah confirm this year. Nak tak nak kena la beli baju & kasut baru lagi, padahal baju putih yang ade tu elok lagi. Kadang dalam hati terpikir, biar betul cikgu ni lantik Faiz jadi pengawas, kat rumah ni dialah anak yg paling manja compare to his younger sister. Takut nanti kena buli lak. Bak kata my fren, maybe kat sekolah daya kepimpinan Faiz ni tinggi sebab tu la dilantik jadi pengawas. Betul agaknya, kat sekolah, dia control macho. Kat sekolah KAFA pun dia jadi ketua darjah.

After Sunway piramid, aku ader "dating" dengan sahabat baik masa TM dulu. Saje je nak lunch & sembang-sembang. Selepas lunch kat Kelana Jaya, aku terus bawak anakanda & cousin p apartment kami di Mantin. Seronok la budak budak ni sbb dapat main swimming pool. On the way pi Mantin, dah janji jumpa kakak ipar & anak anak kat R&R Baranang. Sista in law nak bawak lagi 2 org anak main swimming kat sana. Sampai Mantin dah 3.30pm. Sementara aku berurusan berkenaan org nak sewa rumah, budak budak tu dilayan sista in law main swimming pool. Selesai urusan, aku pun join sista in law layan budak budak. Diam tak diam, tgk jam dah 5.30 ptg. Bila ajak balik tak mau berenti main, sampai dah kecut kulit kaki and tangan. Nak tak nak paksa jugak budak budak tu balik sebab dah nearer pukul 6 ptg. Around 6.15 pm bertolak balik rumah. Sampai rumah dlm 7 pm.

Disebabkan dah kepenatan, utk dinner masak nasik je. Lauknya dibeli kat kedai..maka berakhir lagi sehari yg memenatkan bersama-sama anak-anak and their cousin. Penat pun tak pe.. asalkan anak anak enjoy di bawa berjalan jalan. Org kata gembirakan hati anak anak kita dapat pahala jugak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates