Ads 468x60px

Labels

Wednesday, December 16, 2009

- Shopping lagi

Pagi semalam after  p Tabung Haji kat Putrajaya...Chik Na dan anak anak singgah Alamanda. Plan nak beli kasut sekolah hitam Faiz, sport shoe tuk Sufia dan Faiz...


Dah dapat kasut sekolah hitam Faiz, the kids meraya nak aiskrim mc D laa plak...So duduk jap makan aiskrim..Chik Na pun join dok makan aiskrim

Dalam pada tu Chik Na teringat nak beli handbag  sempena YES yg sedang berlangsung.L agipun handbag Chik Na pun da agak uzur...Chik Na ni jenis pakai handbag sampai betul betul lusuh , baru tukau baru..Bukannya apa tak mo membazir duit Chik Na yg ciput tuh ;-). Sebenarnya masa En. Zaidi balik lagi Chik Na dah bagitau nak beli tapi tiap kali kuar shopping ngan En. Zaidi ,Chik Na tak jumpa yang berkenan. Kat Alamanda semalam semua kedai yang ader jual handbag Chik Na masuk..Carlo Rino, Vincci, Parkson, Bagz Bazaar, Bonia, Sembonia... last last beli satu kat Sembonia..tu pun beli yang disc 50% ... he he he..Tapi hati sebenarnya berkenan yang kat kedai Bonia tapi reganya tau-tau je lah kan... Rugi tak g masa En.zaidi ade...kalu tak boleh pau cik abg Chik Na tuh ...


Da penat cari handbag..bawa anak anak lunch dulu... Faiz & Sufia kalu p Alamanda mesti nak makan ..Yee Mee in black sauce nih ...

Chik Na lak try Chicken Rice in black Sauce .. first time makan..dan tak mo makan lagi..tak kena ngan selera Chik Na :-)

Faiz & Sufia share 1 mee... seba kalau beli 2, mesti tak habis punya..

Ni sport shoe Sufia. Nak beli yang ade bunga-bunga sket..sufia tak mo..yang pink ni jugak dia nak.. ps: sufia ni memang fan color PINK..

Sport shoe Faiz je yang belum beli..sebab semua yang dia tgk dia tak berkenaan..nak yg macam kasut yang BEN-10 pakai ...hu hu hu.. Janji nak kena beli sebelum depa balik bercuti kat KB nanti ..


13 comments:

Mrs. Simplicity said...

suka tgk 2 beradik makan yee mee tuh. sama la kite k.mas, kalau dgn nasi tu, rasa kembang tekak. takleh masuk gak. kalau claypot tu ok. sebab takde kuah kan.

LiAnA said...

claypot ni sesuai utk mee je.. sbb kalau nasi kuah cam pekat sgt jd tak sedap..

tp apapon yee mee tu nampak menyelerakan

Chik Na said...

Alya: smlm memang k.mas cari nasi yg claypot tu, tapi takde lak kat gerai tuh .. :)

Chik Na said...

Liana: betul tu ..tak selera lansung nasi campur kuah pekat tuh..

OneSimpleMother said...

terliur la pulak nengok sizzling ni... :D

Chik Na said...

cik mas: baik p makan sblm bersalin nih..nantikan meleleh la plak air liur baby .. he he he he

rosma said...

kite sll p almanda..xjumpa lak akk...lau jumpe,xtau la nk wat per...almaklumla member maya tetibe de dpn mato..hohoho

Chik Na said...

rosma: alamanda pun antara feberet shopping mall keluarga kami...sebab orang tak ramai sgt.. tak macam OU, Mid valley or Sunway Pyramid...

Kalu jumpa tegur laa akak yea..

Lady of Leisure said...

chik na.. lady pon suka betul ngan sizzling yee mee tu.. letak telur shedap kan..

Nida n' Hanafi said...

Tengok mee tu teringat ler pulak mee hot plate kat Giant...

Besarnya mulut kakak makan ice cream.. abg macam control macho..hehr

Chik Na said...

lady: semalam Faiz & Sufia berebut telur tuh..patutnya mintak boh 2 telur

Nu'az Zee™ said...

kasut mcm ben 10 pakai??
ok la tu..
dulu aiman nk kasut mcm naruto pakai..
hmm..!!

eynda said...

Sufia boleh geng dgn Hannah ye...peminat pink :-D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates