Ads 468x60px

Labels

Friday, November 27, 2009

- Majlis Korban Lembu LP 8



Sempena Aidil Adha kali ni perumahan tempat Chik Na diami, LP 8 telah mengadakan majlis korban lembu di perkarangan Surau An-Nur. Sebanyak 3 ekor lembu telah disembelih secara gotong royong oleh "pakar pakar" dari LP 8. Semalam, 2 ekor kambing telah disembelih sempena aqiqah oleh salah seorang penduduk taman dan rupanya ada majlis gotong royong memasak daging aqiqah tersebut untuk dimakan sebagai breakfast selepas sembahyang raya di surau kami...



Acara menyembelih lembu diadakan lebih kurang 10 pagi dan alhamdulillah by 12.30 tengahari semua daging selesai dilapah untuk diagih-agihkan.





Yang pakai baju pink tu Faiz ..tengah menyibuk tgk orang lapah lembu..

Tak banyak gambar untuk dikongsikan disini sebab Chik Na pun mengambil bahagian untuk memotong daging yang telah disembelih. Gambar kat atas ni cuma Sufia yang tolong snapkan. Bila suruh snap gambar Chik Na potong daging korban dia tak mahu sebab di kata mama tak cantik :-).

Selepas selesai sembahyang Jumaat, ada gotong royong memasak sup tulang pulak di perkarangan surau tapi Chik Na tak pergi tolong sebab dah agak kepenatan untuk acara sebelah paginya. Lenguh jugaklah tangan ni memotong-motong daging korban tu .. he he he. Walaupun tak pergi makan sup tulang tapi sahabat Chik Na merangkap jiran Chik Na, Zuha tolong tapaukan sedikit sup tulang tu... so merasa jugaklah kami sekeluarga sup daging korban tu  :-)

6 comments:

Ibuhani said...

wah! nmpk meriah.....salam aidil adha jugak dr kami....

Nida n' Hanafi said...

Seronok lihat suasana meriah di hari raya... lebih2 lagi upacara bergotong royong dalam acara korban begini.. Alhamdulillah kami di sini wlupun tak dapat ke majlis korban, tapi dapat juga merasa daging korban org bagi.. daging lamb..:-)

rosma said...

slmt hari raya...huhuhu sian tgk lembu tuh..nasibla rosma xmkn daging..slmt lembu2 yg kene korban tuh..huhuhu

Mrs. Simplicity said...

waa.. kak mas pun join rewang sekali. bagus la k,mas join aktiviti2 taman perumahan ni. selalu org2 muda tak mau join. hehe.. tu refer kt diri sendiri la tuh :)

Chik Na said...

Rosma:Rugi le tak makan daging korban, daging korban ni dagingnya lebih sedap & manis rasanya

Chik Na said...

Alya: Nanti bila dok rumah sendiri mesti dengan sendirinya rajin melibatkan diri ngan aktiviti taman

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates