Ads 468x60px

Labels

Saturday, November 7, 2009

- 1st day anak-anak p Mental Arithmetic class

Hah .. rasa aman sket bila anak-anak takde kat rumah ni ... tapi 2 jam je laa..

Ari ni 1st day anak anak p class mental arithmetic. Last Saturday Chik Na hantar Faiz & Sufia pergi trial class. Mulanya Faiz macam tak nak masuk class sebab ramai budak budak cina kat situ tapi after teacher Chin pujuk.. Faiz pun masuk. Sufia takde masalah, dia memang looking forward nak pergi tuisyen he he he ... Dah abis trial class , Faiz dah tak sabar sabar lak nak p class tu .. dia kata seronok. So hari selasa lepas Chik Na pun p la register class mental arithmetic ni .. Registration fee RM 30 dan monthly fee RM 88 setiap seorang. Kelas seminggu sekali selama 2 jam.


Dah register setiap seorang, dapat la sehelai baju , beg dan alat mengira, abacus. Yang kelakarnya saiz baju untuk Sufia lagi besar dari untuk Faiz.., perut buncit sangat Sufia ni .. lepas puasa ari tu dah kurus sket ni dah naik balik. Hai nampak gayanya cuti sekolah ni nak kena p jogging ari ari la ngan Sufia.

Buku kat atas tu untuk Sufia. Dia join class untuk "kinder programme".Kinder programme ni untuk budak budak bawah 7 tahun. Harga set buku tu lak RM 50. Jangan terkejut lak tgk buku buku tu bertajuk bahasa cina. Sebenarnya center kat Faiz & Sufia pergi tu ramai kanak kanak Cina, so teachernya hanya ade stock buku berbahasa Cina, teacher lum dapat stock buku bahasa Inggeris . Kat dalamnya soklan mathematic je.

Buku untuk Faiz lak, RM 61 satu set. Faiz lak join class Primary programme. kelas ni untuk kanak kanak berumur 7 - 13 tahun. Sebelum tu they all kena buat simple test untuk tentukan level mana yang they all should start. Tebal tebal gak buku untuk latihan depa ni. They all juga akan di beri username & password untuk buat latihan online.

Salah satu sebab hantar depa p class ni sebab nak bagi they all focus dan concentrate masa belajar. Kelas mental arithmetic ni kaedah pembelajaran akan melibatkan kegunaan kedua dua otak kiri dan kanan.. so they have tu focus untuk dapat buat soalan yg diberi dengan masa tertentu.

Bukannya apa Chik Na tgk Faiz macam kurang focus dlm pembelajaran walaupun so far Chik Na rasa dia agak cemerlang kat sekolah tapi selalu buat mistake yg tak sepatutnya. Soklan susah boleh buat, soklan senang lak salah. Cikgu pun pernah komplen kadang Faiz ni suka main main kat kelas. Chik Na rasa tak padan ngan jadi pengawas kat sekolah :-)

Antara faedah join kelas mental arithmetic(yg Chik Na petik dari pamplet) ni adalah untuk :
  • more developed left & right brain
  • improve concentration and absorption power
  • improve analytical and logical skill
  • improved calculation skill
  • improve endurance
  • keener sence of sight,hearing and feeling
  • more self confidence
  • more self reliant
  • sharpen observation capabilities

Harapnya after join this class, Faiz will be more focus ...

7 comments:

Mrs. Simplicity said...

tak saba nak tunggu nia besar, nak hantar macam2 kelas. tp bukan la niat nak control dia. cuma dari kecik kena lentur dia kan k.mas?

akak_bieza said...

cik Na...engar criter mental arithmetic nih bagus...

dia memperkasakan penggunaan cempua dan ajar cara kiraan congak dgn pantas..

tahniah cik na

Chik Na said...

Alya: tul tu alya.. kita tanamkan minat belajar sejak dr kanak-kanak lg.. biar depa rasa belajar tu seronok...

K.Mas ambik contoh brother in law.. dia rajin habiskan duit utk menarik minat belajar anak anak.. turn up anak anak dia semuanya excellent..top top student... kadang terpikir cam mana dia leh train anak anak dia sampai bila balik kampung pun tak berenggang dengan buku buku ...

Chik Na said...

akak bieza:

Tima kasih .. setakat ni they all seronok guna sempua nih .. sampai asyik tanya bila lak next class

danishahumaira said...

chik na dekat mana chik na hantar tu bole bg address dia

eynda said...

Nanti citer progress anak2 kat situ ye...pernah hantar adam gi kumon tapi last2 dia jadi boring sebab asyik ulang soklan yg sama....now buat home tuition jek..

de' Rimbun Emas said...

Assalamualikum...bole sy tau dimana pn hantar anak2 yer..lokasi kelas..tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates