Ads 468x60px

Labels

Thursday, September 17, 2009

- Handbag untuk Bonda


Pagi Isnin yang lalu, Chik Na call mama Chik Na kat KB bertanyakan persiapan raya. Dalam bersembang tu mama Chik Na bagitau dia nak handbag baru untuk raya ni ... Hu hu hu malasnya Chik Na nak gi Sogo cari handbag untuk mama Chik Na tu, kalau tak beli kan kecik pulak hati mama. Bagi Chik Na kat Sogo je yang banyak koleksi handbag handbag ni ..
lagi satu sebab mengenangkan Sogo tengah sales ..tau la Sogi kalau sales discountnya mesti sampai 70%. Nak gi Sogo or Jalan TAR musim raya ni, jenuh la, jalan jammed and orang pun jammed :). Lagipun anak dara Chik Na mesti tak mau pergi punya, sebab nanti dia penat pulak puasa puasa nih.

Nak tak nak terpaksa la mintak tolong adik lelaki kesayangan Chik Na yang dok ngan Chik Na tu tolong belikan. Kebetulan plak opisnya berdekatan Sogo, boleh jalan kaki je. Bila Chik Na bagitau minta tolong belikan handbag.. Ayah Ri mengeluh nak gi Sogo, orang ramai katanya.

Dalam mengeluh pun semalam Ayah Ri buat video call ngan Chik Na dari Sogo, suruh pilih mana satu yang agak agak sesuai ngan mama Chik Na tu. So dapat jugak belikan mama handbag baru berjenama "Pierre Cardin" walaupun sebenarnya dah terkeluar bajet raya Chik Na tahun ni.. ye lah permintaan last minute. Tak kisah pun berbelanja untuk mama tersayang sempena bulan yang mulia ni , asalkan mama Chik Na gembira.


Handbag ni agak besar jugak and ade 3 compartment berasingan. Yang ruang tengahnya boleh muat netbook Chik Na nih.Harapnya mama chik Na berkenan la. Fyi, mama Chik Na ni ranggi jugak orangnya..maklumlah umur pun tak sampai 60 tahun lagi, masih bergaya :) .




2 comments:

Mrs. Simplicity said...

mama chik na nye handbag dah ade. chik na punye? tp betul ckp k.na, sogo je banyak choice sebab semua brand pun ade. stylo la bag mak k.na tu :)

Chik Na said...

Chik na punya takde pun handbag baru..tak shopping sgt untuk diri sendiri sbb takde mood nak raya En Zaidi x balik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates