Ads 468x60px

Labels

Wednesday, May 28, 2008

- School Holiday

Tak banyak aktiviti yg dilakukan 2,3 hari ni. Memandangkan cuti sekolah dah bermula, routine harian a bit rilex walaupun tadika & sekolah agama anak-anak tetap bersekolah minggu ni. Belah petang banyak dihabiskan masa melayan anak-anak buat ulangkaji pelajaran. Sebenarnya bukan saya menyuruh anak-anak belajar tapi mereka yg sendiri nak buat revision. "Boring" kata Faiz, tu pun setelah penat main PSP & tgk cartoon :).

Minggu ni tak ke mana-mana sebab tunggu hubby balik dari Jeddah hari Jumaat ni. Minggu depan plan nak balik kampung kat Kedah & pergi bercuti di Langkawi. Selain dari tu saya jugak melayan hobi saya membaca & menjahit manik :)

Monday, May 26, 2008

- Quote of the Day

Petikan dari buku yang sedang saya baca, Ibu Kool, Bapa Hebat, hasil tulisan dari Jamilah Samian.

"Untuk menjadi seorang ibu atau bapa bahagia dan efektif, keperluan anda perlulah dipenuhi terlebih dahulu"

Friday, May 23, 2008

- Thursday aktivity

Hmm ...nak tulis aper yea hari ni. As usual after send my kids to preschool & Sek. Agama, I go to Fitness First :) to keep my health healthy :). Malas nak join class aerobic or mind & body studio class (pilates, yoga & etc), so I decide lari je atas treadmill about 1/2 hour. After that buat simple exercise & rilexkan diri kat steam room. After taking my bath, balik rumah tgk CSI.

hmm..apa lagi yea... oklah cerita pasal aktivity semalam. Haa...semalam berjaya menyiapkan jahitan manik design baru yg ideanya saya dapati dari fotopages noramanik. Bila dah siap hasilnya menarik sekali, teringin nak buat untuk baju anak dara plak.

After siapkan baju, dapat sms dari my niece yang tinggal kat B.Puchong nak datang belajar macam mana nak create fotopages account and buat iklan kat situ. So around 4 o'clock, my niece datang & ajar dia macam mana nak create acct & buat iklan. My niece ni baru je grad diploma in Business Study (if i'm not mistaken) from KUIM. So disebabkan tak dapat kerja lagi, she decide to build up a small business from home .. jual Kek Batik & Dadih. Sedap jugak kek batik my niece ni .. .. he he he tolong buat iklan la plak...Sapa-sapa yg tinggal around Puchong boleh la tempah kat my niece ni at http://yasminkekbatik.fotopages.com

Dalam dok tgh ajar my niece dapat call from Honda suruh ambik kereta yg dah siap repair. Alhamdulillah, tak payah la guna kereta adik dah. Kebetulan my niece datang drive sendiri, so ajak dia p hantar saya kat Honda jap...nasib baik dia datang ...he he he ..tak payah la ambik teksi p ambil kereta. Sampai kat Honda dah dekat kul 6 ptg, nyaris pusat service tu tutup. After dah settle ngan Honda, terus ambik my son from school plak. Sampai rumah dah dekat maghrib. Sembahyang and take a lite dinner. Memandangkan smlm hari Khamis, around 8 o'clock terpaksa la plak keluar hantar my son to Kumon class. Then pick up my brother kat LRT station sbb pinjam kereta dia untuk hantar anak sekolah. Balik rumah jap, then keluar ambik my son balik dari Kumon class plak..sampai rumah dah dekat pukul 10 mlm.

That is part of my routine since I opt to be a full time house maker :). But I didn't regret it, I'm enjoy being a full time mother & a wife. I always bersyukur coz I'm among the lucky one who can opt to be at home with my kids in these materialistic world.

Thank you very much to my lovely husband.

Wednesday, May 21, 2008

- Bawa Kete Manual

Hu hu hu ..hari ni bawa kereta macam budak baru belajar bawa kereta sebab dah 5-6 tahun tak bawa kereta manual, rasa kekok & kelam kabut dibuatnya. Terpaksa la bawa kereta adik sebab kereta sendiri kena hantar workshop. Nape yea??? Last week masa kelam kabut nak p baking class kat Hotel Crowne Plaza terlanggar pagar rumah sendiri masa reverse kete tersebut. Tu yang buat rasa terkilan sangat sbb bukannya accident on the road. Cepat-cepat called hubby kat Jeddah bagitau, nasib baik dia tak marah :)

Ni la rupa kereta yg terlanggar pagar tu.



Pagi tadi bawa p Honda untuk repair, service consultant estimated dlm MYR 780 untuk betulkan balik kemik tu & cat balik bumper and bonet...hu hu hu ... terpaksa la buat jugak, takkan nak biarkan kemik selamanya. Nasib baik paling lama pun kereta kat workshop hanya 2 hari, kalau tak jenuh la nak hantar & ambik anak sekolah guna kereta adik.

Nak cerita pasal baking class last Saturday, class tu sebenarnya dianjurkan oleh "Women Weekly Magazine" dengan kerjasama Electrolux & Hotel Mutiara Crowne Plaza. Chef Raimi yg ajar tu pakar pastry yg pernah memang anugerah. Kami diajar step-by-step cara buat 3 jenis kek; Chocolate Mud Cake, Pomegranettos Cheese Cake & Dried Fruit Frazipan. Yang bestnya class ni class "hands-on training". Dah la feenya murah, kek yg kami buat boleh bawa balik plak tu. Lagi menarik dapat voucher spa & goody bag lagi. It was so fun and I'm so happy coz get to meet and know a few new friends. Tak dapat nak share gambar2 masa belajar & rupa kek tu sebab bawa camera yg lupa nak charge. Harapnya my team-mates email la nanti gambar-gambar sepanjang class. Nanti kalau dapat gambar-gambar tu, I will share kat blog ni.

Tuesday, May 20, 2008

- Salam Perkenalan

Assalamualaikum..wth,

Salam perkenalan saya ucapkan kepada kawan-kawan yg melawat blog saya. Actually blog ini adalah kesenimbungan dari blog sulaman manik saya di fotopages, http://arissaputri.fotopages.com

Tujuan utama untuk mewar-war blog sulaman manik tersebut. Anyway, I will also share some of good thing with u all.

Thank.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates